Friday 14 December 2012

The Camping Marathon 1

Assalamualaikum,

Hai, nama saya Muhammad Amin bin Mohd Faudzi dan ini adalah kisah saya...

Bagi sesetengah orang yang gemar atau kerap melakukan aktiviti outdoor terutamanya camping mungkin sudah berasa biasa. Tetapi bagi saya pengalaman ini unik kerana jarang sekali berlaku. Ya, selalunya saya pilih untuk elak dari sertai aktiviti perkhemahan. Namun, sampai bila? Saya perlu merasanya juga suatu hari. Apa yang telah saya lalui ini ialah 3 perkhemahan dalam masa sebulan. Memang di luar kebiasaan saya.

Setiap perkhemahan itu juga mempunyai kisah tersendiri manakala matlamat asalnya bukanlah berkhemah sahaja, tetapi ada program dan aktiviti lain.

********

Sunday 9 December 2012

Time Capsule

Assalamualaikum,

Pernah tak anda rasa seperti sebahagian dari sejarah hidup anda sangat jauh meninggalkan anda? Ke tak pernah rasa sebab anda selalu berada dekat dengan kampung halaman?

Bagi saya yang kerap berpindah randah bersama keluarga, saya rasakan memori lalu seolah tidak boleh disingkap kembali. Sebabnya diri saya yang sekarang tidak lagi berada di tempat saya yang dulu.

Wednesday 21 November 2012

Sekali lagi

Assalamualaikum, apa khabar?

Feww... lama sungguh aku tak update blog ni... ntah ke mana menghilangkan diri... hehe...

Ada ja... tak pi mana-mana pun... Dok ada kat UMP ni la... oh ya, aku tak update lagi semenjak aku naik sem baru kan? Last skali cerita masa raya... hahaha...

Tak pa-tak pa... sekarang ni da mai dah semangat nak becerita balik, ada banyak cerita nak share ni... banyak sangat... hehehe...

Friday 24 August 2012

Oh My Raya! (2012)

4 Syawal 1433 Hijrah
22 Ogos 2012 Masihi


Lokasi : Lebuh Tunku Kudin, Pulau Pinang.


5.15 petang 'THE TRAGEDY HAPPENED'

*Amaran : penggunaan bahasa yang digunakan mungkin agak melampau bagi menggambarkan situasi sebenar yang berlaku.

Sunday 19 August 2012

Salam Lebaran 2012

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya !!

Pertama sekali Amin Faudzi ingin memohon maaf pada anda semua sekiranya terdapat salah dan silap sepanjang perkenalan kita atau sepanjang saya ber-blog di dunia cyber ini secara zahir dan batinnya.

Friday 27 July 2012

جوم باݘ جاوي سيري ٣ (Jom Baca Jawi siri 3)

قيصه سيڠا دان ارنب

ڤد سواتو ڤاݢي، سيڠا ترجاݢ درڤد تيدور. اي براس ساڠت لاڤر. دري سمالم اي تيدق ماکن اڤا٢.

"هاري اين اكو مستي منداڤتکن ماکنن، جک تيدق اكو اکن ماتي کلاڤرن،" فيکير سيڠا. سيڠا ڤون کلوار منچاري ماکنن. اي ايڠين ممبورو حيوان. ستله ڤنت مردە هوتن دان بلوکر، تياد سأيکور حيوان ڤون دتمويڽ. سيڠا منوجو ڤولا ک ارە سباتڠ سوڠاي. اي برهنتي سکتيک د سوڠاي ايت اونتوق مينوم اير. سلڤس ايت، سيڠا دودوق د تڤي سوڠاي اونتوق مڠهيلڠکن ڤنت.

Thursday 26 July 2012

Rumah Kelahiran P. Ramlee

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!

Macam mana dengan ibadah puasa anda? Masih mantap? Alhamdulillah dan tahniah kepada anda yang masih mampu menyahut seruan sebgai orang-orang yang beriman...


يَاأَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُوْنَ....

Hai orang-orang yang beriman diwajbkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa...."


Bulan puasa tahun ni buang tebiat sikit, tiba-tiba ja pegi melawat rumah kelahiran Allahyarham Tan Sri P. Ramlee... tak da kerja?

Wednesday 25 July 2012

The Tale of Sungai Pahang (2012)

Oh, ini bukan cerita lagenda tentang kewujudan mahkluk pelik di zaman purba ya.... Ini adalah kisah pengalaman hidup berdasarkan...


berdasarkan entry Keluar Cari Bahan Cerita, maka inilah program terakhir yang aku sertai daripada marathon program yang bermula selepas cuti semester sebelum aku balik ke Penang.

Sebelum tu, ada something untuk korang.... hehehe.... terimalah....

Saturday 7 July 2012

8 Pengertian Cinta Menurut Qur'an

بسم الله الرحمن الرحيم

Menurut hadis Nabi, orang yang sedang jatuh cinta cenderung selalu mengingat dan menyebut orang yang dicintainya (man ahabba syai'an katsura dzikruhu), kata Nabi, orang juga bisa diperbudak oleh cintanya (man ahabba syai'an fa huwa `abduhu).

Kata Nabi juga,ciri dari cinta sejati ada tiga:

Tuesday 3 July 2012

Pagarnya adalah Hati Mu (3)

Tak habis-habis lagi tajuk ni?? Meh aku kasi habiskan cepat... hahaha... Entry ini adalah sambungan dan kesudahan bagi entry-entry yang lepas yang bermula dengan Pagarnya adalah Hati Mu (1). Tak ada apa-apa berkaitan pagar dah, just nak habiskan cerita berkenaan program

Monday 2 July 2012

Pagarnya adalah Hati Mu (2)

Entry ini adalah sambungan kepada Pagarnya adalah Hati Mu (1).

Kalau sebelum ni dari Sungai Petani ke Kuala Sedaka dah lalui kawasan sawah padi yang terhampar luas sepanjang jalan, nak ke destinasi seterusnya Pondok Remaja Inabah (1) pula kami masuk jauh lagi ke dalam daerah Kuala Nerang. Kawasan dia macam hutan-hutan sikit... ada rumah orang.. rumah kampung...

Sunday 1 July 2012

Pagarnya adalah Hati Mu (1)

Entry ini ditulis berdasarkan pengalaman aku dalam :


Sebuah projek yang dijalankan oleh Kelab In-smartive UMP. Aku bersyukur dan rasa bertuah kerana dapat menyertai projek ini yang julung kali diadakan. Mohon Bapak Brahma Wirapati Rossi selaku Kepala Titik Sentuhan 2.0 memilih saya ya untuk menyertai projeknya nanti ya... Nanti aku bikin kamu itu hot seyh melalui blog aku.. haha...

Brahma Wirapati Rossi (International student from Republic of Indonesia)

Friday 22 June 2012

Tuesday 12 June 2012

Keluar Cari Bahan Cerita

Hallooooo~~~ Tengok siapa sudah kembali...?? Hehehe...

Yeah, tamat sudah final exam semester 2 Tahun 1 aku pada pukul 11.30 pagi tadi. Dan sekarang focus utama aku sudah selesai... [Ehem2.. suara besar sikit] Dengan ini saya mengisytiharkan pemgembalian saya dalam berblogging.. hehe... (aku ja syok lebih...)

Sekarang ni baru rasa best nak wish dekat orang, aku pun merasa sama... I wish to all of you~~


kepada anda-anda yang sudah tamat final examination dan akan atau telah pulang ke kampung halaman. Owwyeaah~~~

Friday 1 June 2012

Cara Tوliس Jawي

Assalamualaikum.... ^___^

Ok, saya tipu tentang entry jawi sebelum ini adalah entry terakhir sebelum final exam... Tapi bukan sengaja lorh... :-(  Saya buat entry ini pulak sebab ramai yang tanya saya macam mana nak tulis jawi? Tak kan nak kecewakan kawan-kawan pulak kan? Tapi tak mengapa, saya yakin yang ini adalah benar2 yang terakhir... hehehe... :p

جوم باݘ جاوي سيري ۲ (Jom Baca Jawi siri 2)

واجه مايت بروبه منجادي حمار.


دالم تريق ڤانس منتاري يڠ ممانچر مڽيناري تنه بيت الحرام، سأورڠ علماٴ زُهُد يڠ برنام محمد عبدالله المبارک کلوار دري رومهڽ اونتوق منونايکن عبادة حاج. د سان دي ليکا مليهت سأورڠ ڤمودا يڠ اشيق ممباچ صلوات دالم کأداٴن اٍحرام. ماله د ڤادڠ عرافه دان د مِنَى ڤمودا ترسبوت هاڽ ممباسهکن ليدهڽ دڠن صلوات کاتس نبي.

Thursday 31 May 2012

Zoo dan Adik Manja

Alhamdulillah~~

Reja yang dok bertambun sebelum study week lagi ni koin lama koin sikit...
(Kerja yang bertimbun-timbun semenjak  minggu sebelum minggu ulangkaji makin lama makin berkurang)

Tuesday 29 May 2012

Cerita Sikit UMP

Kali ini nak cerita sikit tentang Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Entry kali ini dedikasi khas kepada adik2 yang bakal membuat pilihan universiti akan datang.


Saturday 26 May 2012

Pemenang Ole-Ole Percuma

Klik dulu button play atas ni.. hehe...

Agak-agak sapa menang ea? Pemenang-pemenangnya dah tau dan dah dapat hadiah pun... hampa semua ja belum tau lagi... hehe...

Sebelum tu nak mintak maaf-lah sebab telah mengambil masa yang sangat-sangat lama untuk mendedahkan identiti pemenang-pemenang bertuah Ole-ole Percuma dari Terengganu ni... Tapi, kini tibalah masanya untuk kita berkenalan dengan mereka... Yeay!

Thursday 24 May 2012

Wednesday 23 May 2012

Puasa Ramadhan (bahagian 3)

Rukun Puasa

1. Niat - kehendak (qasad) melakukan puasa. Tempatnya di hati, tidak cukup dengan hanya melafazkannya dengan lidah dan tidak disyaratkan melafazkannya. Niat pada waktu malam dengan penentuan iaitu berpuasa pada bulan Ramadhan. Dilakukan secara berulang-ulang pada setiap malam.

Tuesday 22 May 2012

Puasa Ramadhan (bahagian 2)

Syarat Wajib Puasa.

Puasa Ramadhan menjadi wajib apabila sempurnanya perkara berikut :

1. Islam - Puasa tidak diwajibkan ke atas orang kafir (di dunia) selagi mana dia tidak masuk Islam kerana tidak ada makna baginya  puasanya itu. Adapun di akhirat, mereka akan disiksa atas kerana kekafirannya dan meninggalkan cabang-cabang Islam (seperti berpuasa).

Monday 21 May 2012

Puasa Ramadhan (bahagian 1)

بسم الله الرحمن الرحيم

          InsyaAllah, penulisan pada kali ini saya petik dari kitab Feqah Imam Syafie yang telah diterjemahkan ke Bahasa Melayu.

Friday 4 May 2012

جوم باݘ جاوي سيري ١ (Jom Baca Jawi siri 1)

رسول الله صلى الله عليه وسلم دان بواه ليماو.


سواتو هاري رسول اللە صلى الله عليه وسلم دداتڠي اوليه سأورڠ وانيتا کافير. کتيک ايت بݢيندا برسام ببراڤ اورڠ صحابة. وانيتا ايت ممباوا ببراڤ بيجي بواە ليماو سباݢاي هديه اونتوق بݢيندا. چنتيق سوڠݢوە بواهڽ. سياڤا يڠ مليهت ڤستي ترليور. بݢيندا منريماڽ دڠن سڽومن ݢمبيرا. هديه ايت دماکن اوليه رسول اللە صلى الله عليه وسلم سأولس دمي سأولس دڠن ترسڽوم. بياساڽ رسول اللە صلى الله عليه وسلم اکن ماکن برسام ڤارا صحابة، نامون کالي اين تيدق.

جوم باݘ چاوي (Jom Baca Jawi)



Tengah duduk saja-saja, satu buah fikiran muncul dalam kepala ini.

"Apa kata aku selitkan beberapa post yang menggunakan tulisan Jawi"

Maka muncul pula semangat untuk merealisasikannya... Sebab apa aku boleh terfikir macam ni?

Thursday 3 May 2012

Sapa nak Ole-ole Percuma?

Haa.. kawan-kawan, dah baca ke belum cerita 'Gang TaeKwonDo ke Terengganu vol.1 dan 2? Kalau belum ni link dia... [volume 1 | volume 2]

Kalau dah baca bagus... Mudah sikit... hehehe... Ni ada sikit ole-ole dari Terengganu, saya nak bagi kepada pembaca-pembaca blog saya ini... Tak seberapa pun hadiahnya, harap ada yang sudi untuk terima...

Tuesday 1 May 2012

Gang TaeKwonDo ke Terengganu (vol.1)


Pada 28 dan 29 April 2012, seramai 31 ahli Kelab Taekwondo (ITF) Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah menyertai program 'Taekwondo (ITF) U-Tour'.

Tu dia, da macam baca berita pulak buat starting entry macam ni... hehehe...

Wednesday 25 April 2012

Siri Drama Benda nak Jadi Bhg. 2 (Tamat)

Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Monday 23 April 2012

Siri Drama Benda nak Jadi bhg. 1

Apa khabar semua?

Baik! Sihat! Power!

Tu dia. . . tu dia. . . memang power - power semua. . . haha. . . Apa dia yang power ni??? Mai rapat siket nak cerita. . .

Friday 20 April 2012

The Adventure of Me.... Episod Canseleri

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Excited ni, balik-balik je terus update blog... wohoo~~ Balik dari mana? Balik dari menghadiri sebuah mesyuarat/perbincangan yang dipengerusikan oleh Naib Canselor UMP sendiri! Huhu.... Memang best-lah join Kelab In-smartive.. Pengalaman macam ni memang sukar nak dapat.. (weyh.. Kelab TaeKwonDo masih di hati jugak na... ^__^ )

What is the big deal?

Wednesday 18 April 2012

Once A blogger....

Salam semua!

Wah, sekarang ni da masuk bulan April... Kalau dilihat-lihat kembali tarikh post-post yang lepas... agak lama jugalah kan aku tak update blog ni... Huhuhu...

Why? Adakah aku sudah berhenti daripada menjadi seorang blogger?

Thursday 2 February 2012

Selawat Syifa'

بسم الله الرحمن الرحيم

Lafaz selawat :

أَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ طِبِّ الْقُلُوْبِ وَدَوَائِهَا وَعَافِيَةِ الأَبْدَانِ وَشِفَائِهَا وَنُوْرِ الأَبْصَارِ وَضِيَائِهَا وَعَلَى آَلِهِ وَصَحْبِهِ وَبَارِكْ وَسَلِّمْ

Wednesday 1 February 2012

10 Jenis Solat Yang Tidak diTerima oleh Allah S.W.T

بسم الله الرحمن الرحيم

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Tuesday 31 January 2012

Rahsia Iblis dari Dialog Antara Iblis dan Rasulullah SAW (part 3)

Rasulullah SAW : "Hai Iblis! Mengapakah engkau suka bersusah-payah dan berpenat-penatan untuk melakukan pekerjaan yang tidak memberikan sebarang faedah kepada dirimu bahkan menambahkan lagi laknat ke atas dirimu serta engkau akan di timpakan sebesar besar siksaan di dalam neraka yang paling bawah sekali.

Monday 30 January 2012

Rahsia Iblis dari Dialog Antara Iblis dan Rasulullah SAW (part 2)

Rasulullah S.A.W : "Wahai iblis! Siapakah yang sebesar-besar seteru engkau dan apakah pandanganmu terhadap aku ini?"

Iblis : "Ya Nabi Allah, Tuan Hambalah yang paling besar daripada segala seteru hamba di muka bumi ini."

         Maka Rasulullah S.A.W merenung wajah raja iblis menyebabkan iblis menggeletar segenap tubuh badan serta anggotanya disebabkan terlalu gerun akan kebesaran Baginda.

Sunday 29 January 2012

Rahsia Iblis dari Dialog Antara Iblis dan Rasulullah SAW (part 1)

          Allah SWT telah menitahkan Malaikat untuk berjumpa Raja Iblis dan menyuruh Iblis mengadap kepada Baginda Junjunga Besar Nabi Muhammad Rasulullah SAW bagi membuka segala jenis rahsia kegemaran dan kebencian Iblis. Peristiwa ini juga membayangkan ketinggian darjat Baginda Rasulullah SAW serta menjadi perisai dan peringatan kepada sekelian umat Baginda SAW.

Saturday 28 January 2012

Dialog antara Iblis dan Allah.

 بسم الله الرحمن الرحيم

          Dalam suatu riwayat yang telah diceritakan oleh Anas bin Malik r.a. katanya : "Iblis telah bertanya pada Allah : katanya, wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan anak Adam tempat kediaman untuk mereka berteduh dan berzikir padaMu, oleh itu tunjukkanlah padaku tempat kediaman untukku".

Friday 27 January 2012

HOLOCAUST adalah ‘Industri Kebohongan’ Yahudi.

بسم الله الرحمن الرحيم

Firman Allah SWT yang bermaksud:" Dan demikianlah Kami adakan dalam tiap-tiap negeri orang-orang besar yang jahat supaya mereka melakukan tipu daya di negeri itu, padahal tiadalah mereka memprdayakan selain dari dirinya sendiri (kerana merekalah yang akan menerima akibatnya yang buruk), sedang mereka tidak menyedarinya.  (Al-An'aam:123)