Tu dia... angkat kaki sakan....nak tengok sekali lagi....?
Tak payah la.. kaki berkarat... haha...
Sesudah aktiviti latihan bersama dijalankan pada malam itu, para peserta dibenarkan untuk pulang berehat. Tetapi pengembaraan di IPG Kampus Sultan Mizan masih belum tamat. Keterujaan diteruskan lagi apabila matahari terbit pada keesokan harinya... Owyeaah...
Hari sabtu 29 April 2012, Ahli Kelab Taekwondo IPG serta wakil JPP-nya telah membawa kami ke Bukit Keluang!
Jarak antara IPG dan Bukit Keluang tak-lah jauh sangat. Untuk ke sana, kami berjalan kaki beramai-ramai. Jalan punya jalan, simpang demi simpang, elok kaki pun sudah penat dan perut terasa lapar (tak sarapan lagi) maka kami pun sampai ke Bukit Keluang.
Setelah berhenti rehat seketika untuk makan roti yang telah diberi, ekspidisi mendaki Bukit Keluang pun bermula...
Jalan beramai-ramai.
Pintu gerbang.
Makan roti.
Tour guide. (wakil JPP IPG)
Pendakian bermula.
stage 1.
Belakang tu adalah Pulau Paus.
Turun dan bergambar bersaa-sama ^__^
Mendaki Bukit Keluang agak mencabar juga-lah. Mungkin sebab kami tak biasa dengan tempat tu. Tetapi bagi gang-gang IPG diorng dah tak rasa apa-apa dah... dasyat betul.. huhuhu... Aku ingat bila dah mendaki dengan susah payah, waktu turun nanti senang, tetapi rupa-rupanya mencabar gila... curam... maaf-lah tak da gambar waktu turun... ^__^!
Semasa berjalan untuk pulang ke kampus IPG, kami menikmati pemandangan pantai....
Pulau Paus.
Ok-lah, untuk di IPG setakat ni je aku nak cerita. Sebab petang tu pun kami dah nak berangkat. Di sini aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada wakil-wakil IPG yang telah memberikan layanan yang sangat-sangat istimewa kepada kami. Sungguh bermakan buat kami yang berjalan jauh... :)
Terima kasih... ^__^
Selepas itu, kami menuju pula ke sebuah universiti yang mempunyai antara atlet-atlet TaeKwonDo yang hebat iaitu Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Kuala Terengganu. Kami tiba di UniSZA lebih kurang pada pukul 2.30 petang. Kehadiran kami disambut mesra oleh ahli Kelab TaeKwonDo UniSZA.
Aktiviti diteruskan lagi dengan latihan bersama... kaki masih lengoh dan menggeletar, penat memanjat bukit belum pun habis... jom kita tengok gambar-gambarnya... yezzaa~~
Assistant coach (UniSZA)
ouch!
Tendang tangan dia...
Waktu rehat.. huhu...
main sentuh bahu dan lutut...
bahu atau lutut sapa kena sentuh, sila pumping... hehe...
macam biasa, free spar...
Sesi latihan di UniSZA serius best! Kepenatan memanjat bukit pagi tadi dilupakan sementara... Suatu pengalaman baru dan pencerahan idea diperoleh sepanjang sesi latihan tersebut. Amat berguna untuk dibawa balik dan diaplikasikan semasa sesi latihan di UMP. Sememangnya matlamat program seperti U-Tour ini adalah untuk membuka minda ahli-ahli Kelab TaeKwonDo di samping membina ikatan persahabatan antara Universiti...
Waktu yang diluangkan di UniSZA tidaklah lama seperti di IPG. Tetapi waktu-waktu yang diluangkan bersama itu amatlah bermakna. Kami amat terhibur sepanjang sesi latihan bersama dan layanan mesra yang diberikan mereka (bihun goreng dan keropok ikan tu sedap, kalau boleh nak bawa balik... hehehe...) Setelah selesai sesi latihan dan free sparring, maka sesi pertukaran cenderamata pun tiba... bermakna selepas itu kami perlu berangkat... hehehe...
Terima kasih... ^__^
Kenang-kenangan...
Memori bersama~~
Tak sabar rasanya nak tunggu sesi latihan seterusnya di UMP yang dilakukan setiap hari Jumaat dan Sabtu jam 9.00 malam untuk menerapkan apa yang telah kami pelajari sepanjang program U-Tour terutamanya sesi latihan di UniSZA. Pada pukul 6.00 petang, kami pun meneruskan perjalanan pulang ke UMP. Rasa tak puas bersama ahli-ahli Kelab TaeKwonDo UniSZA, tetapi mungkin bukan pada kali ini... Mana tahu akan ada lagi peluang untuk kami melakukan aktiviti bersama lagi... ^__^
So... Apa macam? Best tak cerita aku tentang program U-Tour ni? Maaf-lah, cerita ni banyak aku cut-cut.. Yelah.. kalau tak nanti panjang sangat pun orang tak larat nak baca kan? (aku pun tak larat nak taip... hahaha...) Mesti ada yang tanya, "ole-ole tak ada ke?" huhuhu... nak ole-ole ke? Tunggu.....