Thursday 26 July 2012

Rumah Kelahiran P. Ramlee

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!

Macam mana dengan ibadah puasa anda? Masih mantap? Alhamdulillah dan tahniah kepada anda yang masih mampu menyahut seruan sebgai orang-orang yang beriman...


يَاأَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُوْنَ....

Hai orang-orang yang beriman diwajbkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa...."


Bulan puasa tahun ni buang tebiat sikit, tiba-tiba ja pegi melawat rumah kelahiran Allahyarham Tan Sri P. Ramlee... tak da kerja?

Memang tak ada kerja, aku pi kebetulan rakan sekerja aku ajak pi lorong kulit pagi tadi.. So aku pun pi la dengan dia.. huhu... jom tengok-tengok sikit...

pameran dalam rumah.
dalam bilik.
ruang dapur.
di ruang tamu.

teringat orang jauh (masuk ayaq).

basikal yang pernah dinaiki P.Ramlee kot...

Jamban pun jadi tempat bergambar.

depan rumah.
Haa... amacam? Sempoi tak gambar-gambar dalam dan luar rumah kelahiran P Ramlee? Aku bergambar sakan sebab tak nampak pulak notis larangan bergambar dekat rumah tu.. Tapi nak bagitau dekat hampa semua, bila pijak lantai rumah tu... macam ada 'small heart attack' sebab lantai dia berkeriut. Takut reban pun ada... Namun begitu, aku berjaya pulang dengan selamatnya.. huhuhu...

Ok, lepas ni... aku nak tunjuk beberapa gambar yang panazzz.... bukan sebab apa, gambar-gambar ni tak sepatutnya diambil! Gambar-gambar di dalam Galeri P Ramlee Arkib Negara. To be fair, gambar-gambar tu aku 'censored' sikit. Tak boleh tunjuk free-free.... Nak tengok puas-puas kena la mari sini sendiri... Tatap habis-habisan... huhuhu.... Tujuan pendedahan gambar-gambar ini adalah untuk menarik minat anda supaya berkunjung ke sini...




Dalam galeri ini terdapat kisah-kisah dan biografi P Ramlee serta beberapa tokoh pelakon terkenal sezaman dengannya. Di paparkan juga poster-poster filem serta gambar-gambar keluarga P Ramlee... Yang menariknya, di sini juga kita boleh tahu bahawa tidak semua filem P Ramlee dimainkan oleh RTM. Rupa-rupanya terdapat lagi beberapa judul filem yang aku tak pernah dengar atau menontonnya. Di sini, anda boleh tahu segalanya... ^___^

anak panah merah : larangan mengambil gambar
Kepada pihak galeri, saya minta maaf kerana telah mengambil gambar dalam Galeri P Ramlee. Bukan nak biadap atau mendedahkan isi galeri tetapi saya berharap ianya sedikit sebanyak dapat menarik peminat P Ramlee untuk bertandang ke sini.

Kepada pembaca-pembaca, tunggu apa lagi... mai la melawat Penang... boleh singgah sini...

Dan jangan lupa, pertingkatkan amal ibadah kita di bulan Ramadhan ini agar seimbang dunia dan akhirat.

Sekian, terima kasih...

p/s : petang tu sepatutnya aku pergi kerja, tetapi telah mengambil m.c. akibat demam selsema dan pening kepala.... -___-zzz