Friday 24 August 2012

Oh My Raya! (2012)

4 Syawal 1433 Hijrah
22 Ogos 2012 Masihi


Lokasi : Lebuh Tunku Kudin, Pulau Pinang.


5.15 petang 'THE TRAGEDY HAPPENED'

*Amaran : penggunaan bahasa yang digunakan mungkin agak melampau bagi menggambarkan situasi sebenar yang berlaku.

Hari tu kalau nak cerita fasal buat kerja, serious tak tipu... hati aku rasa tenang ja... senyum manis dan ikhlas memberi layanan... kira kalau orang putih dia kata 'my mood is good'. Mana tak-nya, masuk kerja pagi pukul 8 team leader (TL) bagi aku jaga tempat electrical. Fuuh... terbaik... memang awesome... I lap u kak rose.. pagi tu la... hehe...

Lepas tu pukul 3.00 petang seorang workmate datang suruh aku pergi jaga kaunter depan, dia ambil alih kaunter electrical. Sikit tersinggung perasaan sebab tak berapa jam lagi dah nak balik; tapi aku rasa puas dah kot rileks-rileks kat belakang tu... Aku pun pergi lah ke depan... TL yang juga kak rose bagi aku kaunter yang sistem kad kredit dia down. Oh, man... satu kerja tambah nak kena beri tahu pelanggan yang kaunter ni 'cash only'. Namun, aku masih buat kerja dalam keadaan tersenyum dan hati yang tenang riang... raya lagi la kot...

Cukup time, pukul 5 petang aku tutup kaunter... Itu pun terlajak juga tau... 5.10 baru keluar.. kuat sungguh bekerja.. haha... aku terus bergegas ke motosikal ku...

amin faudzi
Tapi sebelum tu abang nak pesan, bawak motosikal tu fikiran jangan merewang-rewang... dan jangan terlalu laju di tempat yang tak sesuai ye... kalau tak jadi macam lepas ni....

Aku start motor dan terus pergi... aku perasan jalan jam, tapi fikiran aku dok melayang ke tempat lain... adalah.. mana boleh bagitau melayang apa... hehe... sedar-sedar kereta kat depan!!

Berikut apa yang terjadi seterusnya....

patah sikit dekat brake tangan.

footrest kiri patah.


logo kanan tersagat.
retak sikit signal depan kiri.

signal belakang kiri patah.

siku kiri.

tangan kiri.
1. Tak boleh nak luruskan atau bengkokkan (bengkak)
2. Luka-luka sikit ja...
3. Kulit terkeluar sikit, darah mengalir macam sungai.
4. Luka kecil.


Pastu ada lagi kecederaan lain seperti lengan kanan dan kaki kiri calr-calar. Memang pedih nak mandi... Boleh bayang tak macam mana terjadi? Motor aku tu kiri kanan calar/patah/lekuk... yang sebelah kiri tu sebab bergesel dengan penghadang jalan; aku pun tersangkut dekat penghadang jalan. Sebelah kanan tu motor lajak pergi ke depan tanpa aku dan terbalik. Memang nampak depan mata motor jalan sendiri. Dalam fikiran aku masa tu.. Oh duit ku melayang-layang mau repair motor pulak.... Sekarang ni motor tak buat apa-apa lagi... nak sponsor?

Syukur alhamdulillah, sikit je ni kan? Berbanding dengan orang lain kira tak lah teruk sangat... Saja aku share cerita ni sebab ni kan blog aku.. hehehe... Yang penting aku selamat.