Sebuah projek yang dijalankan oleh Kelab In-smartive UMP. Aku bersyukur dan rasa bertuah kerana dapat menyertai projek ini yang julung kali diadakan. Mohon Bapak Brahma Wirapati Rossi selaku Kepala Titik Sentuhan 2.0 memilih saya ya untuk menyertai projeknya nanti ya... Nanti aku bikin kamu itu hot seyh melalui blog aku.. haha...
Brahma Wirapati Rossi (International student from Republic of Indonesia) |
Dengar je ada program lawatan ke Kedah aku dengan sepantas kilatnya mendaftar nama sebagai peserta. Bukan mudah dapat 'can' macam ni... Tapi tak tau lagi nak pi mana atau buat apa, yang penting join. Alhamdulillah dapat... Lepas tu 'depa' (pengurusan) releaskan tentatif program, faham la sikit-sikit apa kena buat. Ooo... ada lawatan ke rumah orang tua-tua, tempat buat ayaq nira, dan pondok Inabah (rujuk sini). Dua yang pertama tu biasa, yang ketiga tu pelik... In-smartive dan pondok... bukan tak boleh, pelik.. hahaha... Tak pa-lah, habis ja final exam aku pun siap2 la kemas barang... yang nak hantaq balik; hantaq balik, yang nk simpan; simpan, yang nak bawak; bawak. Sampai la hari projek bermula...
****
14 Jun
Malam tu gelap sangat, hanya lampu jalan yang menerangi kawasan sekita bus stop FKM. Sebuah bas sedia menanti untuk membawa kami ke kampus Gambang dan seterusnya ke destinasi pertama, Rumah Seri Kenangan Bedong, Kedah. Aku dok sebelah Hussaini Dasuki, kami dapat 'Royal Seat' sebab tempat kerusi kami tu saja luas pada orang lain.. hehe... Maka bas pun bertolak la dalam kegelapan malam itu... sementara nak boleh lena dalam bas tu, ada yang sembang2, ada dok nyanyi... tengok hindustan pun ada.. 'dhoom' satu.. huhu.. aku layan cerita doraemon ngan one piece.. ^__^
15 Jun
Excited sat sebelum sampai kedah bas lalu seberang prai, wusya2 sekeliling... dok macam tu jugak.. huhu... Tadi bas dah berhenti bagi kami semua pi mandi dan solat subuh. Lepas tu sampailah ke Rumah Seri Kenangan. Kedatangan kami disambut oleh petugas-petugas di sana dan sedikit taklimat berkenaan Rumah Seri Kenangan ni disampaikan.
Penerangan diberikan. |
Abg Wan excited bertanya... |
Rata-rata penghuni Rumah Seri Kenangan Bedong ini terdiri daripada warga emas yang mempunyai masalah kesihatan dan bedridden serta kekurangan dari segi kesihatan mental (samada nyanyuk atau kurang siuman). Tetapi ada juga pesakit yang masih berada dalam kondisi normal serta mampu melakukan aktiviti harian seperti biasa. Maaflah gambar-gambar warga dan penghuni di sini tak ada sebab kamera dilarang untuk dibawa semasa lawatan.
Pelbagai gelagat penghuni dapat dilihat. Kami difahamkan bahawa terdapat penghuni yang bersifat aggressive (rata-rata lelaki) dan yang macam artis pun ada! Siap nyanyi-nyanyi dan bepantun lagi. Memang terhibur... huhu... orang kata semakin usia kita meningkat behavior kita pun semakin terbalik.. semakin kebudak-budakan jadinya... Aku dapat lihat itu berlaku di sini. Aku turut mengambil kesempatan untuk mendalami kisah penghuni di sini, duduk di tepi katil dan berbual dengan mereka. Tetapi aku tak berani nak tanya banyak, takut menambahkan kesedihan mereka je.. Aku ada terfikir sejenak, terngiang-ngiang dan masih terdengar bisikan seperti
"jahat betul anak-anak diorang ni, sanggup buang mak bapak",atau "setan punya anak, buang je mak dia kat sini".
Tetapi aku terfikir, apa masalah sebenar keluarga mereka ni? Betul ke ada orang sanggup buang mak ayah? Aku rasa mulut orang memang pantas menghukum, tetapi tahukah mereka cerita yang sebenar? Yang betul-betul sanggup buang mak ayah diorang tu, aku setuju yang itu adalah perbuatan zalim. Mohon sesiapa yang terlibat untuk lekas segera bertaubat. Tetapi aku rasa ada juga benarnya kata petugas di Rumah Sri Kenangan ni, bayangkan kalau ibu dan bapa mereka tidak ditinggalkan di sini, apa akan berlaku? Parents diorang akan terabai, tak ada orang tolong tengok-tengokkan, tiada rawatan atau perubatan yang sempurna dan sebgaianya.
Bukannya aku bersetuju dengan perbuatan mereka itu, tetapi aku rasa... Lebih baik ditinggalkan dan dijaga di situ daripada dibiarkan berkeliaran begitu sahaja... Sedih juga masih dengar ada keluarga yang langsung tidak datang menjenguk walaupun di musim perayaan. Mungkin sebab ada diantara penghuni-penghuni tersebut asalanya diberkas oleh Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ketika berkeliaran di kota raya. yang lain-lain tu aku tak tahulah. Tetapi aku tak nak menghukum orang, apa pun latar kisah penghuni di situ, aku hanya mampu memberikan tanggapan baik (husnu zhon) dan mengharapkan yang terbaik kepada mereka.
Pengalaman lawatan di Rumah Seri Kenangan ini sedikit sebanyak telah memberi kesan terhadap aku, pandangan dan pemikiran sedikit terbuka.. InsyaAllah... Bagaimanakah kelakuan aku terhadap ibu bapa aku nanti?
Kami beredar dari Rumah Seri Kenangan Bedong, Kedah pada waktu tengah hari... Destinasi sementara kami adalah Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa, Sungai Petani untuk berhenti makan dan berehat. Seterusnya kami menuju pula ke Perusahaan Air Nira Nipah Segar, Kuala Sedaka.
Tempat ni pun awesome juga... Pemilik dia buat macam tempat lepak atau santai di celah-celah pokok nipah. Petang tu kami pakat ramai-ramai dijamu air nira, maka minumlah kami sehingga kekenyangan seperti ayam yang jatuh ke dalam tong beras... huhu...
Buah nira, batangnya dikerat untuk mengumpul air nira. |
muka penat baru sampai... |
masih malu2 dan menjaga tingkah laku... |
driver bas turut mengambil bahagian |
Pesta bermula, drinking like a boss... |
ngap... ngap... |
hohoho... |
photogenic sangat... hehe... |
Memang best! |
Pelbagai gelagat dan aksi kami di sana, abang Wan kononnya sampai mabuk minum air nira... Tuan rumah jamu laksa lagi... perut aku memang berkocak-kocak ja petang tu.. hahaha... Unik sungguh tempat ni, kawasan lepak diteduhi oleh pokok-pokok nipah. Air nira yang dihidangkan sangat sedap dan segar... Hampa semua kena mai tempat ni rasa sendiri air nira yang baru diambil dari pokok nipah.. bau dia sangat la 'keng' tapi rasa dia lazat! Malangnya nira lopa aku tak ada dalam gambar di atas ni, aiseyh... huhu...
Banyak dah tulis ni, tapi cerita tak habis lagi... baru mukadimah dah panjang macam kitab sastera.. haha... Cek minta maaf noh, jangan serik untuk baca sambungan kepada entry ini tau... hehe... ^___^
bersambung....