berdasarkan entry Keluar Cari Bahan Cerita, maka inilah program terakhir yang aku sertai daripada marathon program yang bermula selepas cuti semester sebelum aku balik ke Penang.
Sebelum tu, ada something untuk korang.... hehehe.... terimalah....
video description is in here.
Inilah antara program paling mantap di bawah jenama Projek Kilauan Mutiara yang aku pernah sertai setakat ini. Sebabnya, dalam masa yang singkat aku di bawa menjelajah ke beberapa tempat dan bertemu dengan pelbagai manusia!
Pertama sekali kami ke SK Kuala Triang, Bera...
Kemudian ke SK Pesagi, Maran....
dan akhir sekali.... ke SK Padang Rumbia, Pekan.
Special tak kali ni? Aku tak letak gambar.. aku kasi video je.. huhu... Yup, video2 tu aku yang buat. Hasil bantuan rakan-rakan bidang teknikal (Saiful Azrul) dan barisan pelakon tak bertauliah.. hahaha... Dalam prgoram PKM sempena cabaran berkayak ni, aku ditugaskan untuk menyediakan montaj untuk majlis penutup di setiap sekolah. jadi video-video di atas ni-lah montajnya.... Tak berapa best sangatkan? Aku tau, sebab aku tak pandai lagi nak plot dan susun gambar bagi jadi story yang mantap. Ini juga kali pertama aku hasilkan montaj. So... nice try huh? hehehe....
PKM sempena cabaran berkayak ini sememangnya memberikan aku 1001 pengalaman yang berbeza. Ianya tentang bagaimana kita di tempat orang, bagaimana kita bergaul dan bagaimana kita menguruskan keadaan mengikut situasi. Pelbagai cabaran telah kami hadapi namun semuanya dapat diselesaikan dengan selamat.
Pada kesempatan ini, aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan sepasukan dalam PKM sempena cabaran berkayak ini kerana telah menjadikan anda sebgai satu cebisan memori dalam kehidupan aku. Anda semua memang hebat dan aku rindu untuk berprogram bersama lagi terutamanya apabila kita dilempar jauh dari 'ketamadunan'. Kepada abang Wan, kami 'hampa' dengan momokan 'ketidak tamadunan' itu... hahaha....
Sekian sahaja, terima kasih... ^___^