Friday 14 December 2012

The Camping Marathon 1

Assalamualaikum,

Hai, nama saya Muhammad Amin bin Mohd Faudzi dan ini adalah kisah saya...

Bagi sesetengah orang yang gemar atau kerap melakukan aktiviti outdoor terutamanya camping mungkin sudah berasa biasa. Tetapi bagi saya pengalaman ini unik kerana jarang sekali berlaku. Ya, selalunya saya pilih untuk elak dari sertai aktiviti perkhemahan. Namun, sampai bila? Saya perlu merasanya juga suatu hari. Apa yang telah saya lalui ini ialah 3 perkhemahan dalam masa sebulan. Memang di luar kebiasaan saya.

Setiap perkhemahan itu juga mempunyai kisah tersendiri manakala matlamat asalnya bukanlah berkhemah sahaja, tetapi ada program dan aktiviti lain.

********

Sunday 9 December 2012

Time Capsule

Assalamualaikum,

Pernah tak anda rasa seperti sebahagian dari sejarah hidup anda sangat jauh meninggalkan anda? Ke tak pernah rasa sebab anda selalu berada dekat dengan kampung halaman?

Bagi saya yang kerap berpindah randah bersama keluarga, saya rasakan memori lalu seolah tidak boleh disingkap kembali. Sebabnya diri saya yang sekarang tidak lagi berada di tempat saya yang dulu.