Tak habis-habis lagi tajuk ni?? Meh aku kasi habiskan cepat... hahaha... Entry ini adalah sambungan dan kesudahan bagi entry-entry yang lepas yang bermula dengan Pagarnya adalah Hati Mu (1). Tak ada apa-apa berkaitan pagar dah, just nak habiskan cerita berkenaan program
18 Jun
Hari terakhir kami berada di Pondok Inabah (1) Malaysia. Rasa sayu? Berat hati? Aku tengok muka semua orang excited je nak balik.. huhuhu... mungkin sebab kami perlu tempuhi perjalanan jauh ke depan dan masing-masing tak sabar nak balik bercuti... Tetapi memori di Inabah sangat bermakna dan memberi kesan kepada hati-kami...
Kalau hari tu aku naik Exora, kali ni naik Alza pula nak keluar... yes.. yes... first time... hahaha... Kami semua naik bas dan destinasi seterusnya adalah rumah kak Umie Aziz untuk santapan tengah hari...
bergambar dulu... |
excited jumpa ban ayaq... |
'pemakan' sayap wanita |
sayap lelaki |
menunggu isyarat |
senaman dulu sebelum makan.. |
Makaaan... |
kenyang perut senang hati... ^__^ |
Makanan di rumah kak Umie memang sempoi... Mak kak Umie yang masak, banyak betul makanan, tambah dengan makanan di Pondok Inabah 4 kg berat aku naik.. hahaha... Terima kasih diucapkan kepada family kak Umie kerana sudi menerima kami sebagai tetamu. Rumah kak Umie sangat awesome!
Lepas tu, kalau anda perasan kami tak pergi ke Pekan Rabu, Alor Setar. Terdapat sedikit kekangan waktu. Tetapi, kami telah pergi ke Muzium Padi yang berhampiran Gunung Jerai!
bad dan pa an |
good bye world.... |
i'll help ya buddy... (hussaini) |
no one telepas... |
mari le tolong membajak.... |
Walaupun Muzium Padi tu... well you know... all about paddy... tapi pergi ramai-ramai macam ni, tambah pulak dengan depa ni yang penuh kegilaan benda jadi seronok... huhuhu... Terima kasih yang tak terhingga sekali lagi kepada kak Umie kerana telah menaja tiket masuk kami ke Muzium Padi.. ^__^
Dah habis enjoy dalam muzium tu, kami pun berangkat pulang... layan cerita Doraemon dan One piece lagi... hehehe...
Begitulah sedikit sebanyak cerita yang dapat aku kongsikan bersama anda semua sepanjang aku menyertai program Titik Sentuhan. Aku harap yang mana dapat dijadikan pengajaran, sebar-sebarkanlah... andai ada salah dan silap, aku minta maaf dan tegurlah... usah disebar-sebarkan.
Terima kasih kawan!
semua gambar-gambar sepanjang program ini adalah hasil bidikan saudaraku Ahmad Badruzzaman.
Jom terjah blog dia...!!
http://zamanxtreme.blogspot.com/