Friday, 14 December 2012

The Camping Marathon 1

Assalamualaikum,

Hai, nama saya Muhammad Amin bin Mohd Faudzi dan ini adalah kisah saya...

Bagi sesetengah orang yang gemar atau kerap melakukan aktiviti outdoor terutamanya camping mungkin sudah berasa biasa. Tetapi bagi saya pengalaman ini unik kerana jarang sekali berlaku. Ya, selalunya saya pilih untuk elak dari sertai aktiviti perkhemahan. Namun, sampai bila? Saya perlu merasanya juga suatu hari. Apa yang telah saya lalui ini ialah 3 perkhemahan dalam masa sebulan. Memang di luar kebiasaan saya.

Setiap perkhemahan itu juga mempunyai kisah tersendiri manakala matlamat asalnya bukanlah berkhemah sahaja, tetapi ada program dan aktiviti lain.

********


9 November 2012

Universiti Malaysia Pahang, Kampus Gambang.


Masa mula-mula nak join program ni, rasa macam best je. UMP nak buat program catat rekod ke? Best gile la kalau macam tu.. huhu...Petang Jumaat tu kami perlu menaiki bas ke Gambang untuk sesi latihan sebelum event sebenar pada hari esok.

Di Gambang, kami dibenarkan memilih basikal yang Pusat Sukan sediakan. Rasa bangga sekejap kerana bukan senang budak Pekan seperti kami ini berpeluang menunggang basikal kampus Gambang.


10 November 2012

Gambang ke Taman Gelora.

Pergh... Macam-macam perkara timbul di fikiran pada pagi itu. Jauh ke Taman Gelora dari Gambang? Berapa lama perlu kami berkayuh untuk sampai? Adakah kami mampu untuk sampai ke sana? Tetapi semua perasaan tu dibiarkan sahaja. Rileks la, kami berkayuh dalam kumpulan yang besar. Apa-apa yang terjadi pasti ada backup plannya. Dan sudah semestinya bahagian ini, mereka sudah rancang dengan rapi.

Maka kami pun mulakan kayuhan. Maaflah gambar semasa sesi kayuhan tak ada. Tak tahu pula siapa yang ada mengambil gambar. Masa kayuhan dicatat selama 2 jam. Suatu pencapaian buat diri saya yang tak pernah join program berbasikal. Sangat epic sekali waktu kayuhan itu. Bagaimana kami bertoleransi dalam kumpulan besar, memberi semangat antara satu sama lain dan menjaga etika kelakuan. Bahagia yang paling best semasa masuk ke bandar Kuantan. Rasa seperti 'King of The Road'. Jalan dikosongkan untuk memberi laluan kepada kami dan orang ramai di kiri dan kanan jalan memerhatikan kami. Fuhh.. bangganya UMP... hehe...

Di Taman Gelora, kami mendirikan khemah untuk bermalam di situ. Kawasannya tepi pantai. Sangat best! Kami dibenarkan buat aktiviti sendiri sehingga hari esok.

Pantai Taman Gelora

11 November 2012

Kayuhan Diraja dan Karnival Rakyat.

Rupa-rupanya diorang (Pusat Sukan) cari orang untuk join event ni... Tapi ramai yang tak dapat join sebab cuti mid-sem. Orang-orang seperti saya je yang tinggal di UMP masa tu. Apakan daya.. huhu...

Sempena ulang tahun keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.

Bagi sesiapa yang belum tahu, Kayuhan Diraja ini adalah satu acara berbasikal di mana para peserta perlu berlumba dalam trek laluan yang ditetapkan. Trek laluan tersebut terdiri daripada kawasan berbukit, jalan raya, dan hutan sawit. Kepantasan dan ketahanan amat diperlukan dalam acara ini.

Tapi saya tak join pun Kayuhan Diraja tu, rasa macam tak cukup fit pulak... hehe...

naza n jijie yang join.
dapat juga sijil dan medal.

Saya cuma join yang karnival rakyat tu, ada acara sukaneka... hehe...

Lompat dalam guni.
zikri
ikram
lepas 20 saat baru bergerak... haha..
dulu pernah trauma, tapi sekarang berjaya!
game paling ikram bersemangat.
7/10 jatuh, tapi lorong sebelah... haha...
kuat x? hehe...
The Team.
Harum kot nama UMP hari tu... hehe....

Dalam 5 acara yang kami sertai, kami memperolehi tempat ke 3 dalam acara bowling kelapa dan lari dalam guni. Acara tarik upeh pula dapat nombor 2... weehuu... dapat duit kot~

Kemudian pada petang itu kami pun balik ke UMP sebab esok dah start kelas... haha...

credit to penangkap gambar; Ayuni dan orang2 yang terlibat dalam gambar2 di atas ^__^

p/s : Terima kasih juga kepada orang yang ajak saya join program ini. Beliau adalah seorang blogger hebat dan mempunyai blog yang awesome! - Hazrina Halim -



bersambung....

*Siri The Camping Marathon di tamatkan kerana saya rasa cerita tu tak best dan sudah di 'makan' masa.

Harap maaf, lepas ni saya cuba buat yang terbaik...