Hallooooo~~~ Tengok siapa sudah kembali...?? Hehehe...
Yeah, tamat sudah final exam semester 2 Tahun 1 aku pada pukul 11.30 pagi tadi. Dan sekarang focus utama aku sudah selesai... [Ehem2.. suara besar sikit] Dengan ini saya mengisytiharkan pemgembalian saya dalam berblogging.. hehe... (aku ja syok lebih...)
Sekarang ni baru rasa best nak wish dekat orang, aku pun merasa sama... I wish to all of you~~
kepada anda-anda yang sudah tamat final examination dan akan atau telah pulang ke kampung halaman. Owwyeaah~~~
Dan kepada anda2 yang belum tamat lagi final examnya, jangan risau... hadapi dengan tabah dan sabar, usaha sebaik mungkin dan bertawakallah. Saya ucapkan~
InsyaAllah masih ada masa dan ruang untuk anda berusaha.. lakukan sehabis baik!
So... apa plan cuti-cuti ni?
Untunglah hampa semua boleh balik sampai dirumah dah.... aku bulan 7 nak mai nanti baru boleh balik... kenapa? Mai nak habaq...
Pertama, kami adik-beradik Kelab In-smartive Universiti Malaysia Pahang akan ke Negeri Kedah Darul Aman bermula 15 hingga 18 Jun di bawah program bernama 'Titik sentuhan'. Kami akan melawat:
- Rumah Seri Kenangan Bedong, Kedah.
- Perusahaan Air Nira Nipah Segar, Kuala Sedaka.
- Pondok Remaja Inabah, Kuala Nerang.
- Pekan Rabu, Alor Setar.
- Kampung Sungai Baru (Rumah kak Umie Aziz)
Kedua, (tak boleh balik lagi ni) pada 22-24 Jun akan diadakan pula sebuah kejohanan yang penuh kemahsyuran iaitu :
di mana, kami adik-beradik sebelah Kelab Taekwon-Do ITF Universiti Malaysia Pahang menjadi penganjur bagi kejohanan ini. Kami juga akan turut bertanding dalam kejohanan ini bagi memeriahkannya lagi!
Akhir sekali (tak balik juga) kembali bersama Kelab In-smartive dalam 'Projek Kilauan Mutiara Sempena Cabaran Berkayak KPT-UMP' yang akan berlangsung pada 25-29 Jun. Kami akan berada di sepanjang muara Sungai Pahang (dok kat darat ja) atau lebih tepat lagi sekolah-sekolah rendah di muara Sungai Pahang bermula dari daerah Temerloh sehingga ke Pekan River Front untuk menjalankan program.. ^__^
Pergh... masak aku macam ni... huhu...
Tapi apa-apa pun, sudah pastinya aku akan ada cerita-cerita menarik untuk dikongsikan bersama hampa semua... weehuu~~
Nantikan kepulangan aku selepas habis semua program-program ni dan yeah, mungkin tak dapat lagi update blog selalu buat sementara waktu... Terima kasih!
poof! (hilang lagi budak ni)