Tuesday 8 October 2013

Nasi Bandaraya, Kubur dan Hujan

Itu mungkin nasi terakhir kami.

Seperti yang diceritakan kepada Rashidi Razak, Suhaimi Mohd Daud Al-Mashoori, dan Nazarudin Md Noh. Diceritakan semula oleh Amin Faudzi.

Perkara yang berlaku bukan main-main, ini benar-benar kejadian.

Semuanya bermula apabila si meor mengajak amin untuk bersantap nasi goreng bandaraya. Dengan eksaitednya amin mengajak saiful yang juga sedang kelaparan. Bagaikan 'chain reaction' ajakan itu turut tersahut pada zikri.

Cerita kubur melayu berganjak ke kisah politik.

Azan maghrib berkumandang dan nasi yang ditunggu belum berkunjung tiba. Kubur yang terletak di sebelah warung seperti memberi petanda. Setelah satu topik ke satu topik dibicarakan. Akhirnya bentara menghidangkan nasi tersebut.

Monday 5 August 2013

Salam Lebaran 2013

#Baru 27 Ramadhan 1434H da mau ucap raya ke?

Assalamualaikum, saya Muhammad Amin bin Mohd Faudzi menyusun sepuluh jari kedua belah tangan memohon maaf kepada anda sekiranya ada pada mana-mana pada diri saya yang telah menyakiti samada hati atau batang tubuh tuan-tuan dan puan-puan, rakan-rakan, guru-guru, dan kaum keluarga sekalian.

Saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua pembaca-pembaca blog
Some Think 2 Tell.

Ucap awal-awal bukan sebab apa... oh, sebelum tu tengoklah banner yang saya buat ni...

Sunday 21 July 2013

Cara Nak Speed Up Broadband yang Habis Quota

Entry yang ke 75

Assalamualaikum, hai apa khabar semua?

Heh, apa amin ni... tak sambung cerita lama buat entry baru pulak...

Alaa... tak pa la... ni spesel punya ni, ceq nak cerita something lagi best ni... tak mau dengaq ka? Hahaha...

Entry yang ke-75 kan, spesel la... Haa...

In b4 "benda dah lama".

Friday 28 June 2013

جوم باݘ جاوي سيري ٤ (Jom Baca Jawi siri 4)

قيصه ليما ڤركارا انيه

ابو لايث السمرقندي اداله سأورڠ اهلي فقه يڠ مشهور. سواتو كتيك دي ڤرنه بركات، ايهكو منچريتاكن بهاوا انتارا نبي- نبي يڠ بوكن رسول اد منريما وحيو دالم بنتوق ميمڤي دان اد يڠ هاڽ مندڠر سوارا. مك ساله سأورڠ نبي يڠ منريما وحيو ملالوءي ميمڤي ايت، ڤد سواتو مالم برميمڤي دڤراينتهكن يڠ بربوڽي،

"ايسوق اڠكاو دكهندقي كلوار دري رومه ڤد وقتو ڤاڬي مڠهالا ك بارت. اڠكاو دكهندقي بربوات، ڤرتام; اڤ يڠ اڠكاو ليهت ﴿هادڤي﴾ مك ماكنله، كدوا; اڠكاو سمبوڽيكن، كتيڬ; اڠكاو تريماله، كامڤت; جاڠن اڠكاو ڤوتوسكن هارڤن، يڠ كليم; لاريله اڠكاو درڤدڽ."

ڤد كئيسوقان هاريڽ، نبي ايت ڤون كلوار دري رومهڽ منوجو ك بارت دان كبتولن يڠ ڤرتام دهادڤيڽ اياله سبواه بوكيت بسر بورنا هيتم. نبي ايت كبيڠوڠن سمبيل بركات،


Monday 24 June 2013

Semangat yang hilang

Yosh~ Cuti semester yang ke-empat dah bermula!

Apa yang best sangat? Tak ada apa-apa nak dibuat pun kat rumah... hahaha...

Oh, lesen! Aku belum ada lesen kereta. Kena ambil lesen. Mak suruh aku amebil lesen. Macam dah paksa-paksa pula... Patutlah, nak bagi aku bawa kereta pi Pahang. Yabedabedu~

Blog? Hahaha... Cuba tengok bila last sekali aku update sblom ni? Bulan Februari nuh kak cik oii... Masa awal-awal buka sem-4 hari tu ni.

Dah macam kebiasaan. Update blog time senang-senang ja... Tengah semester tu minta maaflah, dok perasan busy sangat. Study la, program la, padahal dok tidoq ja...

Tapi aku ada banyak benda nak cerita bagi kat hampa ni, sirius black banyak gila! Nanti aku cerita satu-satu. Pelan-pelan kayuh la, cuti 2 bulan. Dan (sempat) kot noh? Hehehe...

Nantikan kemunculannya!

Thursday 21 February 2013

Marina : New Adik Manja

Restoran Adik Manja, pernah dengar? Restoran yang terletak di jalan Gambang-Kuantan dan terkenal sebagai sebuah restoran 'misteri'. Aku pernah buat sedikit review tentang restoran ni dalam entry : Zoo dan Adik Manja. Sapa2 yang belum tahu kisahnya boleh rujuk di Sini dan Sini.


Saturday 9 February 2013

Halaqah.Net : Projek Saham Akhirat

#celebrating The 70th entry.... ^__^

Bismillah... Alhamdulillah....

Sudah lama mahu buat enty ni, tapi asyik terbantot. Kini rasanya sudah sampai masa dia untuk tulis entry sebegini. Ingin tahu bagaimana anda dapat menyumbang untuk Projek Saham Akhirat? Teruskan membaca dan Insya Allah anda akan ketemu :)

Featuring : Halaqah.Net

 

Wednesday 6 February 2013

Nak Masuk U? : Pra-Universiti

Sepanjang aku berprogram bersama In-Smartive, kerap kali diajukan soalan-soalan berkenaan bagaimana laluan untuk ke universiti dan jenis2 tahap kemasukan ke U oleh adik-adik peserta. Ada yang aku boleh jawab, aku jawab... tapi ada gak yang tergagap mau jawab...huhu... Terbaru masa Projek Semaian Budi 2.0 memberi sedikit rangsangan untuk aku membuat kajian agar masa2 akan datang kami lebih bersedia.

Entry ini juga InsyaAllah, boleh dijadikan rujukan kepada anda yang membaca dari golongan pelajar sekolah menengah yang masih mencari-cari pilihan sesuai untuk masuk ke Universiti (Ijazah Sarjana Muda / Degree).



Sunday 3 February 2013

Time Tracking : Episod Al-Mashoori

Jumaat - 1 Februari 2013, dengan menaiki scooter yang seperti spacecraft (SYM GTS 200) milik abang beserta petrol subsidi tajaan beliau, saya berkesempatan untuk melawat  sekolah menengah saya di Pulau Pinang. Jiwa melonjak gembira dapat kembali Penang!

Sedikit mengenai sekolah saya >>

مدرسة المشهور السنوية الوطنية الدينية للبنين

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Mashoor Lelaki


Wednesday 9 January 2013

جوم باݘ جاوي إستيميوا (Jom Baca Jawi Istimewa)

Assalamualaikum,

Eh, awat tak tulis jawi ni?

Haa... Entry Jom Baca Jawi Istimewa ni saya tak mau tulis Jawi! Malah saya bawakan satu medium Jawi Istimewa kepada anda... rakan2 sekalian ^___^

Oleh DJ Fuzz, Altimet dan Salam...
BANGKIT

Tuesday 8 January 2013

Jaga 4 Golongan Lelaki kerana Wanita

بسم الله الرحمن الرحيم

 Di hari akhirat, ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.


 


Skirt Vs Tudung Labuh

بسم الله الرحمن الرحيم

30. "Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan."

31. "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka….." sehingga akhir terjemahan ayat ini.

ayat 30 dan 31 Surah al-Nur 
  
Situasi :
Drawing by Aiman Zubir
Dua orang wanita yang berasingan pergi ke pusat membeli-belah. Seorang memakai pakain yang mendedahkan aurat serta seorang lagi mentutup aurat serta mengenakan tudung labuh. Wanita yang berpakaian terdedah pergi ke pusat membeli-belah sebagai rutin biasa manakala wanita yang bertudung labuh pergi untuk mencuri (menggunakan kesempatan pada pakaian untuk mencuri).

Persoalan :

Monday 7 January 2013

9 Cara Menghilangkan Fikiran Negatif

 بسم الله الرحمن الرحيم


Untuk sebagian besar dari kita, berfikiran negatif mungkin sudah menjadi sebahagian dari diri. Ketika hal-hal tidak sesuai dengan keadaan, kita dengan mudah merasa tertekan dan tidak bisa melihat sisi baik dari kejadian tersebut…


Berfikiran negatif tidak membawa kemana-mana, kecuali membuat perasaan bertambah buruk, yang kemudiannya akan mengakibatkan prestasi kita mengecewakan. Hal ini biasanya menjadi lingkaran yang tidak berhujung.



Berikut adalah sembilan teknik untuk mencegah dan mengatasi pikiran negatif :



Syak Dalam Solat : Sujud Sahwi

#reposting enty yang lama
بسم الله الرحمن الرحيم

          Pada kali ini saya ingin berkongsi sedikit mutiara yang saya dapat berkaitan syak dalam solat dan sujud sahwi. Bila kita perlu sujud sahwi? Apakah hukum melaksanakannya dan bagaimana cara pelaksanaannya?

           Sujud sahwi tidak termasuk dalam rukun sembahyang bahkan hukum mengerjakannya adalah sunat apabila berlaku syak dalam solat.

      Bagaimana yang dikatakan syak dalam solat?

Tak khusyuk punca syak dalam solat

Saturday 5 January 2013

Removing Background Gambar

#tajuk entry yang fail

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kali ini nak buat tutorial-lah pulak... atas permintaan seorang cik blogger ( Hazrina Halim ) berkenaan cara-cara nak buang background gambar. Malas tengok youtube katanya... hehe...

Ok, mula2 sekali kita guna software yang simple je, open source punya... support no pricy! iaitu GIMP 2. Kalau tak ada sila download dulu ya... ( klik pada gambar ).

GIMP 2 lagi best dari yang lama.