Kali ini nak cerita sikit tentang Universiti Malaysia Pahang (UMP)
Entry kali ini dedikasi khas kepada adik2 yang bakal membuat pilihan universiti akan datang.
UMP yang dahulunya dikenali sebagai Kolej Universiti Kejuruteraan & Teknikal Malaysia (KUKTEM) telah ditubuhkan pada 16 Februari 2002 dan telah menyambut ulang tahun yang ke-10 pada 16 Februari 2012 (logo kanan adalah logo 10 tahun UMP).
UMP terbahagi kepada 2 kampus iaitu Kampus Gambang (kampus asal KUKTEM) dan Kampus Pekan (sekarang kampus induk).
(Arrow biru lokasi kampus Gambang; 3.718885 , 103.12093700000003, arrow merah lokasi kampus pekan; 3.546709 , 103.43533200000002) |
Di kampus Pekan terletaknya bangunan:
- Fakulti Kejuruteraan Mekanikal
- Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
- Fakulti Kejuruteraan Pembuatan
Selain itu, terdapat juga bangunan:
- Pusat Aktiviti Pelajar
- Kolej Kediaman (KK) 5
- Kafe KK5
- Perpustakaan UMP (lakeside Campus!)
Di bandar Pekan pula terdapat UMP@City iaitu penempatan pelajar-pelajar UMP di bandar Pekan (Bazar Muhibah). Malahan, Kampus Pekan UMP merupakan kampus baru.
Kampus Gambang pula terletaknya bangunan:
- Fakulti Teknologi
- Fakulti Sains & Teknologi Industri
- Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian
- Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli
- Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam
- Fakulti Pengurusan Industri
Bangunan-bangunan lain yang terdapat di Gambang:
- Masjid UMP
- KK 1, KK 2, KK 3, KK 4
- Pusat Sukan
- Canseleri dan lain-lain lagi.
Apa yang best dengan UMP ni?
Istimewanya UMP ini terletak pada objektif penubuhannya iaitu sebagai sebuah Universiti Teknikal di Malaysia. Selain UMP, universiti seperti UniMAP, UTHM dan UTeM juga mendapat taraf seperti ini. Ini bermakna UMP adalah destinasi yang sesuai bagi anda, anda dan anda yang berminat untuk mendalami bidang kejuruteraan, teknologi dan kreativiti.
![]() |
Perpustakaan UMP kampus Pekan (Lakeside Campus; credit to Senior Syahril Azeem Ong) |
![]() |
Istana Sultan Abu Bakar |
![]() |
Muzium Sultan Abu Bakar |
![]() |
Pekan riverfront
|
Pekan juga dikenali sebagai bandar automotive kerana di sini terdapat kilang-kilang yang menghasilkan kenderaan..
![]() |
Kilang Mercedes-Benz |
Pendek kata, UMP Pekan bukan sahaja sebuah kampus baru, malah terletak di kawasan perkampungan yang tenang, indah, dan nyaman. Terletak juga berhampiran sungai dan pantai di samping tasik-tasik yang terdapat di dalam UMP sendiri... walla~~
Di Gambang pula, walaupun terletak di kawasan pekan (baca : bandar), tetapi kawasannya tak lah sibuk mana pun. Suasana kampusnya dijamin kondusif dan menyelesakan (bangunan warna-warni pulak tu).
Ok... selalu budak2 UMP ni lepak dekat mana ea? Cerita sikit tempat-tempat yang best...
Kalau di Pekan (baca: Bandar Diraja) dengan keunikan kawasan perkampungan dan bangunan-bangunannya, di Kuantan iaitu Ibu Negeri Pahang kita ada :
![]() |
East Coast Mall |
![]() |
Teluk Cempedak |
![]() |
Masjid Negeri Sultan Ahmad I |
Ok-lah, cukup kot cerita tentang UMP... Serba sikit boleh nampak di mana lokasi UMP, dan kelebihannya. Nak rasa pengalaman lebih lagi? Datanglah sendiri ke UMP... Hehe....
Da ready nak buat pilihan universiti? Oh ni ada satu laman sesawang yang agak sesuai untuk anda menilai universiti mana yang menepati dengan kritiria anda.
http://imascu.upu.mohe.gov.my/
Tapi ingat, cadangan yang diberikan tu berdasarkan kelayakan minimum. Sudah tentu universiti akan memilih calon-calon yang top-top dulukan? Jadi jangan salahkan sistem tu kalau anda tak dapat apa yang anda inginkan. Oleh itu, siapa yang layak, dia-lah yang dapat.. ^__^
Terima kasih kerana sudi baca... :)