Friday 4 May 2012

جوم باݘ چاوي (Jom Baca Jawi)



Tengah duduk saja-saja, satu buah fikiran muncul dalam kepala ini.

"Apa kata aku selitkan beberapa post yang menggunakan tulisan Jawi"

Maka muncul pula semangat untuk merealisasikannya... Sebab apa aku boleh terfikir macam ni?
Sebab aku tengok sekarang ni Tulisan Jawi semakin kurang popular. Masa aku pergi ke Negeri Terengganu hari tu, Alhamdulillah tulisan Jawi masih diguna pakai. Tetapi jika kita ingin mencari bahan bacaan utama penulisan Jawi, agak sukar sekarang ini. Bukanlah niat aku nak jadikan blog aku ini sebagai medium utama pembacaan Jawi, tetapi sekurang-kurangnya aku dapat menyediakan bahan bacaan penulisan Jawi kepada rakan-rakan sekalian...

Anda tahu siapa peneraju utama dalam penulisan Jawi? Kalau Bahasa Melayu kita ada 'Pendeta Za'ba', bagi tulisan jawi pula kita ada 'Pak Matlob'. Beliau telah menghasilkan 400 buah buku dalam pelbagai bidang, kebanyakannya dalam penulisan jawi dan sastera kanak-kanak. Pak Matlob banyak memberi sumbangan berharga kepada akhbar dan majalah, antaranya beliau pernah mengelolakan ruangan Pandai Jawi dan Belajar Jawi di Utusan Malaysia. Sehingga aku sendiri pernah dengan ustaz aku jawab bila aku tanya "kenapa eja (dalam Jawi) macam ni?" ustaz aku jawab "tak tau, dah Pak Matlob kata macam ni" sambil tersenyum.. hahaha.... sebenarnya ustaz aku tu bagi ayat pedih, ada pulak aku pegi tanya kenapa eja macam tu.. huhu... Tetapi di situ kita boleh lihat betapa besar jasa Pak Matlob dalam penulisan Jawi.

Tetapi bukan bermakna aku ingin guna tulisan Jawi terus dalam blog aku ni. Maksudnya, bila aku rajin nak tulis Jawi baru aku tulis Jawi... hehehe... InsyaAllah aku akan tetapkan hari khas untuk Jawi... Jumaat mungkin?

Orait-orait, jom baca penulisan Jawi siri pertama blog aku... hehe...

Sila klik sini.