Saturday, 28 January 2012

Dialog antara Iblis dan Allah.

 بسم الله الرحمن الرحيم

          Dalam suatu riwayat yang telah diceritakan oleh Anas bin Malik r.a. katanya : "Iblis telah bertanya pada Allah : katanya, wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan anak Adam tempat kediaman untuk mereka berteduh dan berzikir padaMu, oleh itu tunjukkanlah padaku tempat kediaman untukku".

Firman Allah S.W.T : "Tempat kediamanmu adalah di dalam tandas".

Iblis bertanya lagi : "Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan anak Adam berkumpul di masjid, di manakah pula tempatku berkumpul?"

Firman Allah S.W.T : "Tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, pesta, pusat membeli belah, kelab malam, tempat hiburan, serta majlis-majlis maksiat."

Iblis bertanya lagi : "Wahai Tuhanku, Engkau berikan Anak Adam itu kitab (Al-Quran) untuk mereka membacanya, tunjukkanlah apa pula bahan bacaanku?"

Firman Allah S.W.T : " Bacaan untukmu ialah syair dan sajak yang melalaikan."

Iblis bertanya : "Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan kepada mereka cerita-cerita benar, apakah pula cerita bagiku?"

Firman Allah S.W.T : "Cerita bagimu ialah kata-kata kesat dan dusta".

Iblis bertanya : "Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan azan kepada anak Adam untuk mereka memanggil orang solat, apa pula azan untukku?"

Firman Allah S.W.T : " Azan untukmu ialah seruling."



Iblis bertanya : "Wahai Tuhanku, Engkau telah menghantar utusan-Mu dari para rasul dan juga nabi, siapakah yang menjadi utusanku?"

Firman Allah S.W.T. : " Para utusanmu terdiri daripada bomoh, tabib dan dukun yang menduakan Aku."

Iblis bertanya : " Wahai Tuhanku, Engkau berikan kitab suci Al-Quran yang bertulis kepada mereka, apakah pula tulisan bagiku?"

Firman Allah S.W.T : "Tulisanmu ilah tatu, gincu serta lukisan di badan."

Iblis bertanya : "Apakah pula perangkap bagiku?"

Firman Allah S.W.T : "Perangkap bagimu ialah wanita."

Iblis bertanya : "Ya Tuhanku, Engkau berikan merekaminuman yang hala yang disebutkan nama-Mu, apakah pula minuman untukku?"

Firman Allah S.W.T : "Minumanmu ialah sesuatu yang memabukkan serta tidak disebutkan nama-Ku padanya."


Sabda Rasulullah S.A.W : "Wahai manusia, laksanakanlah amalan-amalan menurut kemampuan kamu. Sesungguhnya Allah tidak bosan sebelum kamu berasa bosan. Sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah ialah amalan yang ringan namun berterusan."  ( Hadis riwayat Muslim )