Entry ini adalah sambungan kepada
Pagarnya adalah Hati Mu (1).
Kalau sebelum ni dari Sungai Petani ke Kuala Sedaka dah lalui kawasan sawah padi yang terhampar luas sepanjang jalan, nak ke destinasi seterusnya Pondok Remaja Inabah (1) pula kami masuk jauh lagi ke dalam daerah Kuala Nerang. Kawasan dia macam hutan-hutan sikit... ada rumah orang.. rumah kampung...
Tiba-tiba bas berhenti tepi jalan, kiri rumah orang, kanan hutan... rupa-rupanya untuk ke Pondok Inabah hanya ada satu jalan kecil yang melalui kawasan hutan getah dan tidak boleh dilalui bas. Nasib baik pihak pondok ada menyediakan kenderaan untuk masuk ke sana. Satu Exora, satu Alza dan satu van... aku naik Exora dulu permulaan.. hehe... Aku sempat baca papan tanda pondok tu... Ooo.. rupa-rupanya tempat pemulihan akhlak dan ketagihan dadah persendirian... Macam besa dengaq la... tapi tak ingat jumpa kat mana...
Masa nak masuk jauh ke dalam tu, pergh... selisih dengan Mercedes Benz, BMW dan macam-macam lagi, pak cik yang memandu (juga guru di Pondok Inabah) tu kata, pondok baru habis event bersama family penghuni di situ. Kiranya kereta-kereta mewah tadi tu keluarga kepada remaja atau penghuni di Pondok Inabah yang mahu pulang... pergh.. bukan calang-calang ni...
|
Cari line telefon, kat sana tak ada line... |
Sampai saja di pintu pagar masuk Pondok Inabah, semacam flash memory dok mai kat kepala... sah! aku pernah baca tentang pondok ni dalam Majalah Mastika. Tahun bila aku tak ingat, tapi yang aku tau pondok ni ada pintu pagar ja, pagar keliling pondok tak ada!
Aktiviti kami di Pondok Inabah ini bertemakan 'Riadah sambil beribadah'. Maksudnya, aktiviti kami sepanjang di sana adalah melakukan amalan-amalan sunat seperti berzikir dan solat sunat di samping amalan wajib. Pondok Inabah ini rupa-rupanya menggunakan sistem kesufian dan mengamalkan tariqat 'Naqsabandiyah Qodiriyah'.
|
Pendiri @ Pengetua Pondok Remaja Inabah (1) Malaysia, Al-Mukarrom Pak Guru Hj. Mohd Zuki As Syuja' bin Shafie (kiri). |
Antara amalan yang dilakukan sepanjang berada di sana adalah mandi taubat, qiamullail, solat fajar, solat dhuha, zikir tahlil, zikir khofi, zikir khotaman dan lain-lain lagi. Orang yang pertama kali berhadapan dengan situasi di pondok ini pasti merasakan bahawa mereka mengamalkan ajaran sesat. Sebab cara amalan mereka memang pelik bagi yang tak biasa. Namun, semua itu ada penjelasan samada dari sudut amalan rohani atau pemulihan jasad.
Salah satu perkara baru yang aku pelajari juga adalah
Selawat Hashimi. Selain itu, yang paling menarik sekali adalah mandi taubat. Mandi ini dilakukan pada pukul 3.30 pagi dan kaedah mandian adalah dengan menjirus air sebanyak 40 gayung ke atas badan. Setiap jirusan gayung dibaca dengan bacaan doa :
رَبِّ أَنزِلْنِي مُنزَلًا مُبَارَكًا وَأَنْتَ خَيْرُ المُنزِلِين
dengan didahului oleh niat 'sahaja aku mandi taubat sunat kerana Allah Taala'.
Zikir Khotaman adalah himpunan zikir-zikir yang di susun oleh ulama-ulama tariqat tersebut. Banyak lagi perkara baru, kami dihadiahkan dengan dua buah buku kecil tetapi kandungan dia sangat power meletop...
Kami juga diberi peluang untuk mendekati pelatih atau juga di panggil 'Anak Bina' di situ. Aku, Zharif dan Atikah Salleh menemu ramah seorang abang ni, dia dahulunya merupakan seorang pengedar dan penagih dadah. Beliau sudah berumah tangga dan mempunyai seorang anak. Beliau turut menceritakan kisah hidupnya kepada kami dan bagaimana dia tergerak untuk dirawat di Pondok Inabah secara sukarela.
Kawasan pondok ini tidak dikelilingi pagar. Hanya bukit bukau dan hutan yang menjadi had sempadan. Dengan cara mudah pelatih di pondok ini boleh melarikan diri. Tetapi mereka tidak berbuat sedemikian. Apa yang menjadi penghalang kepada mereka?
Itulah yang dikatakan, 'pagarnya adalah hati mu'. Jika pondok ini dikelilingi pagar berduri dan mempunyai pengawal sekalipun, masih belum tentu dapat merubah diri pelatih di sana. Kerana sebaik sahaja mereka tamat menjalani rawatan, cabaran dan godaan diluar masih menanti mereka. Yang benar-benar mampu merubah diri mereka adalah mereka sendiri. Pondok Inabah hanya menawarkan dan mengajar method mengisi kekosongan yang ditinggalkan dadah. Selepas itu, terpulang pada pelatih sendiri untuk terus memperbaiki diri. Pondok Inabah tidak dikelilingi pagar kerana kesungguhan para pelatih sendiri yang ingin berubah mengikat mereka untuk terus berada di sana. Selain itu, memandangkan Pondok Inabah adalah pusat pemulihan swasta, maka para pelatih perlu bayar untuk berada tinggal di sana. Sudah tentu rugi jika mereka melarikan diri.
|
Bersama warga pondok di atas bukit yang terletaknya makam bonda Pak Guru. |
Apa yang memagari hati mu?
Pengalaman di Pondok Inabah
sememangnya satu kelainan, anda perlu datang sendiri ke sini untuk
merasai dan mendalami kisah-kisah yang terbina di sini. Aku sempat untuk
mengikut pelatih di pondok ini ke asrama mereka. Aku terkejut terlihat
seorang abang tu mempunyai tatoo naga di kedua-dua belah tangannya. Cuak
kejap aku tengokkan muka dia yang ganas. Tetapi apabila disapa mesra
aku memahami bahawa beliau juga seorang yang sudah berubah. Aku doakan
agar pelatih-pelatih dan penghuni di Pondok Inabah dapat menemukan apa
yang mereka carikan di sana, dan aku bermohon pada Allah
agar kita turut diberi hidayahnya...
|
Papan tanda 'season' dah... |
|
Depan rumah ada pokok durian. |
|
Kenangan bersama... |
|
Ceria di sana... |
|
Mendekati Pak Guru.. |
|
aku pun tak faham apa maksudnya... |
|
Belakang ni aku jumpa abang bertatoo |
|
Bersama Pak Guru |
bersambung...