Sepanjang aku berprogram bersama In-Smartive, kerap kali diajukan soalan-soalan berkenaan bagaimana laluan untuk ke universiti dan jenis2 tahap kemasukan ke U oleh adik-adik peserta. Ada yang aku boleh jawab, aku jawab... tapi ada gak yang tergagap mau jawab...huhu... Terbaru masa Projek Semaian Budi 2.0 memberi sedikit rangsangan untuk aku membuat kajian agar masa2 akan datang kami lebih bersedia.
Entry ini juga InsyaAllah, boleh dijadikan rujukan kepada anda yang membaca dari golongan pelajar sekolah menengah yang masih mencari-cari pilihan sesuai untuk masuk ke Universiti (Ijazah Sarjana Muda / Degree).
Entry ini juga InsyaAllah, boleh dijadikan rujukan kepada anda yang membaca dari golongan pelajar sekolah menengah yang masih mencari-cari pilihan sesuai untuk masuk ke Universiti (Ijazah Sarjana Muda / Degree).
Terdapat beberapa pilihan yang boleh dibuat sebagai laluan untuk masuk ke Universiti. Ada laluan pantas, ada yang 'mudah' dan ada yang sukar. Walau bagaimana pun, ianya terletak pada anda untuk membuat pilihan yang tepat dalam merangka masa hadapan anda sendiri. Artikel ini akan membincangkan :
1. Tingkatan 6 (STPM)
Walaupun secara sistemnya sekolah menengah tamat pada Tingkatan 5, Tingkatan 6 diberi nama sedemikian untuk menarik minat pelajar untuk terus sambung ke peringkat program pra-universiti Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Jangan salah faham antara Tingkatan 6 dan sekolah menengah kerana Tingkatan 6 adalah program pra-universiti seperti A-Level, Matrikulasi dan Asasi, cumanya berlainan cara kemasukan / pembelajaran.
Tingkatan 6 bertempoh setahun setengah, dibahagi kepada 2 peringkat; setengah tahun yang pertama dikenali sebagai Tingkatan Enam Bawah dan tahun kedua dikenali sebagai Tingkatan Enam Atas. STPM disediakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) yang juga menyediakan Malaysian University English Test (MUET) yang juga berada di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.
Tingkatan 6 antara pilihan popular untuk masuk ke Universiti selain daripada Program Matrikulasi dan Asasi (orang kata sebelah kaki sudah di Universiti). Antara kelebihan Tingkatan 6 :
- Diiktiraf bagi kemasukan ke kebanyakan universiti di serata dunia.
- Setiap subjek lulus prinsipal akan dapat taraf Advanced Level (setaraf A-Level)
- Kiraan pointer STPM berdasarkan campur kesemua pointer subjek dan dibahagi dengan 4 sahaja.Tetapi STPM dikatakan sangat susah kerana perlu belajar dengan mendalam. (Pro&Con)
- Setiap sujbek majoriti kena ambil 4 kertas atau bahagian bergantung ikut subjek.
- kualiti sijil STPM bertaraf diploma di jabatan kerajaan. Maksudnya boleh cuba mintak jawatan bertaraf diploma di jabatan kerajaan melalui SPA.
Cara kemasukan ke Tingkatan 6 adalah secara automatik di mana semua pelajar lepasan SPM ditawarkan untuk masuk ke Tingkatan 6. Sekiranya pelajar menerima tawaran ke Program Matrikulasi, tawaran ke Tingkatan 6 akan terbatal tetapi jika ingin menolak tawaran Program Matrikulasi dan ingin sambung ke Tingkatan 6, pelajar perlu membuat permohonan semula.
Sila rujuk kaunselor sekolah masing-masing atau layari http://www.mpm.edu.my/stpm-baharu bagi mendapatkan keterangan lanjut mengenai bidang/jurusan dan hala tuju semasa Tingkatan 6.
2. Program Matrikulasi
Turut menjadi pilihan popular pelajar-pelajar di Malaysia untuk masuk ke Universiti, Matrikulasi digelarkan sebagai 'fast track' atau laluan pintas. Pembelajaran di matrikulasi tidak mengkhususkan pelajar-pelajar dengan bidang-bidang di universiti di mana pembelajarannya lebih terbuka dan pelajar-pelajar bebas memilih jurusan yang diingini di universiti kelak.
Program Matrikulasi secara asasnya terbahagi kepada 2 iaitu Program Satu Tahun (PST) dan Program Dua Tahun (PDT). Pelajar-pelajar PST mempunyai tempoh 2 semester untuk tamatkan pelajaran manakala 4 semester untuk pelajar-pelajar PDT. Bagaimana untuk memilih PST atau PDT? Pemilihan akan dibuat oleh Kementerian Pelajaran mengikut tahap kelayakan anda. Tahap kelayakan juga menentukan Modul dan jurusan. Walau bagaimana pun, PDT hanya ditawarkan untuk Jurusan Sains dan pelajar bumiputra sahaja.
Program Matrikulasi secara asasnya terbahagi kepada 2 iaitu Program Satu Tahun (PST) dan Program Dua Tahun (PDT). Pelajar-pelajar PST mempunyai tempoh 2 semester untuk tamatkan pelajaran manakala 4 semester untuk pelajar-pelajar PDT. Bagaimana untuk memilih PST atau PDT? Pemilihan akan dibuat oleh Kementerian Pelajaran mengikut tahap kelayakan anda. Tahap kelayakan juga menentukan Modul dan jurusan. Walau bagaimana pun, PDT hanya ditawarkan untuk Jurusan Sains dan pelajar bumiputra sahaja.
Matrikulasi menawarkan 2 jurusan iaitu Jurusan Sains dan Jurusan Perakaunan.
Subjek Teras yang ditawarkan dalam Jurusan Perakaunan : Matematik, Akaun, dan Ekonomi.
Bagi Jurusan Sains pula, terbahagi kepada 3 Modul iaitu
Modul 1 : Matematik, Kimia, Biologi, dan Fizik.
Modul 2 : Matematik, Kimia, Fizik, dan Sains Komputer.
Modul 3 : Matematik, Kimia, Biologi dan Sains Komputer.
Kini terdapat juga Kolej Matrikulasi Teknikal
yang menawarkan Jurusan Kejuruteraan seperti Kejuruteraan Mekanikal,
Kejuruteraan Awam, dan Kejuruteraan Elektrik & Elektronik. Subjek
yang ditawarkan pula sama seperti kolej matrikulasi yang lain cuma
terdapat satu subjek tambahan iaitu Pengajian Kejuruteraan mengikut jurusan masing-masing (tiada biologi dan Sains Komputer).
Karnival Kokurikulum Matrikulasi (KAKOM) |
Terdapat yuran yang perlu dijelaskan untuk memasuki matrikulasi dan pelajar-pelajar akan diberikan elaun bagi setiap semester.
Pembelajaran di matrikulasi sangat kondusif dengan menggunakan sistem perkuliahan dan tutor. Pelajar akan didedahkan oleh pensyarah di dalam dewan kuliah dan pelajar-pelajar akan membuat latihan dengan tutoran.
Adakah matrikulasi menawarkan sijil?
Tidak. Matrikulasi tidak menganugerahkan sijil sebagaimana STPM dan Diploma. Yang diberi nanti adalah slip peperiksaan. Slip ini tidak laku untuk mencari pekerjaan. Ia khas untuk kelayakan ke universiti dalam bidang bidang yang kita pilih kelak.
Bagaimana untuk memilih Program Matrikulasi?
Pelajar-pelajar perlu mengisi borang online melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia (http://www.moe.gov.my/) dan memilih kolej matrikulasi yang anda mahu; diberi 3 pilihan tetapi keputusan tidak semestinya mengikut permintaan. Terdapat juga syarat-syarat yang perlu difahami.
Sila rujuk kaunselor sekolah masing-masing bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Program Matrikulasi.
Program Asasi juga menjadi pilihan pelajar-pelajar kerana turut digelar sebagai 'fast track'. Kelebihan Program Asasi adalah ia dikendalikan oleh universiti yang berkenaan sendiri di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Program asasi terbahagi kepada beberapa jurusan yang khusus serta mengambil masa antara satu hingga dua tahun.
Pada dasarnya boleh dirumuskan terdapat 3 kategori program pra-univesiti seperti berikut :
1. Program Khusus
2. Program Mengikut Bidang
3. Program Umum/Terbuka
Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Walaupun begitu para pelajar asasi akan ditawarkan pembiayaan wang saku seperti biasiswa.
Lulusan program Asasi UM dan Asasi UiTM masih perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah tetapi mereka akan diberi keutamaan untuk memasuki ke universiti program asasi mereka. Manakala lulusan program asasi yang lain akan diserapkan terus ke program peringkat ijazah universiti berkenaan jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.
Asasi juga tidak menawarkan sijil yang boleh digunakan untuk mencari kerja seperti STPM dan Diploma.
Tidak. Matrikulasi tidak menganugerahkan sijil sebagaimana STPM dan Diploma. Yang diberi nanti adalah slip peperiksaan. Slip ini tidak laku untuk mencari pekerjaan. Ia khas untuk kelayakan ke universiti dalam bidang bidang yang kita pilih kelak.
Bagaimana untuk memilih Program Matrikulasi?
Pelajar-pelajar perlu mengisi borang online melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia (http://www.moe.gov.my/) dan memilih kolej matrikulasi yang anda mahu; diberi 3 pilihan tetapi keputusan tidak semestinya mengikut permintaan. Terdapat juga syarat-syarat yang perlu difahami.
Sila rujuk kaunselor sekolah masing-masing bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Program Matrikulasi.
3. Program Asasi
Program Asasi juga menjadi pilihan pelajar-pelajar kerana turut digelar sebagai 'fast track'. Kelebihan Program Asasi adalah ia dikendalikan oleh universiti yang berkenaan sendiri di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Program asasi terbahagi kepada beberapa jurusan yang khusus serta mengambil masa antara satu hingga dua tahun.
Pada dasarnya boleh dirumuskan terdapat 3 kategori program pra-univesiti seperti berikut :
1. Program Khusus
- contoh 1: Asasi Perubatan untuk seterusnya ke Program Ijazah Perubatan
- contoh 2: Asasi Pergigian untuk seterusnya ke Program Ijazah Pergigian
- contoh 3: Asasi Undang-undang untuk seterusnya ke Program Ijazah Undang-undang.
2. Program Mengikut Bidang
- contoh 1: Asasi Sains Hayat yang seterusnya membolehkan lepasan program ini seterusnya mengikuti pengajian dalam bidang sains hayar di peringkat ijazah sarjana muda seperti ijazah perubatan, ijazah sains tulen(fizik, kimia, biologi); ijazah sains bioteknologi dan seumpamanya.
- contoh 2: Asasi Alam Bina yang seterusnya membolehkan lepasan program ini meneruskan pengajian dalam bidang yang berkaitan seperti senibina, ukur bahan, perancangan bandar dan wilayah, ukur bangunan dan seumpamanya.
3. Program Umum/Terbuka
- contoh 1: Asasi Sains/Sains Pertanian yang menawarkan pelbagai pilihan program pengajian di peringkat ijazah sarjana muda yang boleh diikuti oleh lepasan program ini.
Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Walaupun begitu para pelajar asasi akan ditawarkan pembiayaan wang saku seperti biasiswa.
Lulusan program Asasi UM dan Asasi UiTM masih perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah tetapi mereka akan diberi keutamaan untuk memasuki ke universiti program asasi mereka. Manakala lulusan program asasi yang lain akan diserapkan terus ke program peringkat ijazah universiti berkenaan jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.
Asasi juga tidak menawarkan sijil yang boleh digunakan untuk mencari kerja seperti STPM dan Diploma.
Universiti Malaya (UM)
M0010 asasi sains hayat
M0020 asasi sains fizikal
M0300 asasi alam bina
M0700 asasi pendidikan islam
M0701 asasi syariah
M0702 asasi usuluddin
M0709 asasi pengajian islam dengan sains
Universiti Putra Malaysia (UPM)
P0050 asasi sains pertanian
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Y0600 asasi undang-undang
Y0200 asasi ekonomi & sains pengurusan
Y0140 asasi sains kemanusiaan
Y0150 asasi bahasa inggeris
Y0707 asasi ilmu pengetahuan berteraskan wahyu & warisan islam
Y0151 asasi bahasa arab
Y0400 asasi kejuruteraan dan sains komputer
Y0080 asasi perubatan
Y0300 asasi seni bina dan reka bentuk alam sekitar
Y0010 asasi sains hayat
Y0020 asasi sains fizikal
Y0060 asasi farmasi
Y0070 asasi pergigian
Y0030 asasi sains kesihatan bersekutu
Y0031 asasi kejururawatan
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
E0601 asasi undang-undang
E0150 asasi TESL
E0001 asasi sains
E0400 asasi kejuruteraan
E0600 asasi undang-undang
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Q0601 tamhidi syariah & undang-undang
Q0800 tamhidi sains dan teknologi
Q0210 tamhidi perakaunan dan muamalat
Q0080 tamhidi perubatan
Q0070 tamhidi pergigian
W0010 program asasi sains hayat
W0020 program asasi sains fizikal
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
Z0440 asasi kejuruteraan & pertahanan
Z0880 asasi sains & teknologi pertahanan
Z0220 asasi pengurusan & sumber pertahanan
Bagaimana cara untuk memasuki Program Asasi?
Pelajar-pelajar perlu memohon Program Asasi dan Diploma melalui borang online UPU mengikut kod-kod yang ditetapkan seperti di atas semasa di Tingkatan 5.
Sila rujuk kaunselor sekolah masing-masing bagi mendapatkan penerangan lanjut mengenai bidang-bidang yang ditawarkan serta kemasukan ke Program Asasi.
4. Program A- level / AUSMAT
logo A-level |
Advanced Level General Certificate of Education atau dikenali sebagai A-level paling terkenal di UK (sebahagian daripada peringkat pengajian di UK), tetapi terdapat banyak negara-negara lain di seluruh dunia terutama negara-negara Komanwel seperti Malaysia menggunakan A-level sebagai persediaan untuk ke universiti. A-level biasanya dipelajari dalam tempoh dua tahun dan diiktiraf secara meluas di seluruh dunia.
Di Malaysia, A-level lebih dikenali sebagai persiapan untuk pelajar-pelajar melanjutkan pelajaran ke luar negera sama seperti Australian Matriculation (AUSMAT: sambung pelajaran ke Australia).
Jumlah minimum mata pelajaran yang boleh diambil di peringkat A-level adalah tiga dan maksimum empat mata pelajaran. Mata pelajaran yang ditawarkan berbeza mengikut kolej-kolej yang berlainan, jadi pelajar dinasihatkan supaya menyemak kolej dan jenis bidang yang ditawarkan sebelum mendaftar untuk membuat A-level.
Syarat kemasukan bagi A-level adalah SPM, O-level atau yang setaraf dengannya. Berikut merupakan beberapa buah institusi yang menawarkan A-level :
- Taylors College
- Disted College
- KDU College
- Sunway university College
- INTI Education Group
- University Teknologi MARA
- HELP University College
- Nirwana College
- Kolej Gemilang
A-level tidak menjamin pelajar-pelajar untuk ke luar negara, kerana pelajar-pelajar perlu memenuhi tahap kelayakan yang ditetapkan sebelum ke luar negara. Tetapi jika tidak berjaya untuk ke luar negara tidak bermakna ianya penamat bagi pembelajaran anda.
Sebuah pakej satu tahun setengah untuk pelajar yang terpilih untuk melanjutkan pelajaran di Australia dan New Zealand. Kursus dijalankan berdasarkan kurikulum yang ditetapkan oleh Lembaga SACE, Adelaide, Australia Selatan. Pelajar akan memperoleh Sijil Pendidikan Australia Selatan (SACE) yang diiktiraf oleh semua universiti Australia dan New Zealand. Ia juga diterima oleh universiti-universiti di United Kingdom dan Kanada.
Program ini menyediakan pelajar-pelajar untuk kursus bidang Sains (Kejuruteraan, Perubatan, Pergigian, Farmasi, Bioteknologi) dan Bukan Sains (Perakaunan, Sains Aktuari, Ekonomi, Seni Bina).
Syarat kemasukan (berdasarkan INTEC UiTM):
Untuk memenuhi syarat am, pelajar-pelajar yang memohon untuk program mesti mendapatkan
sekurang-kurangnya C dalam Bahasa Melayu dan sekurang-kurangnya B+ dalam Bahasa Inggeris pada peringkat SPM. Pelajar juga perlu mendapatkan sekurang-kurangnya EMPAT B+ dan SATU B.
Program ini menyediakan pelajar-pelajar untuk kursus bidang Sains (Kejuruteraan, Perubatan, Pergigian, Farmasi, Bioteknologi) dan Bukan Sains (Perakaunan, Sains Aktuari, Ekonomi, Seni Bina).
Syarat kemasukan (berdasarkan INTEC UiTM):
Untuk memenuhi syarat am, pelajar-pelajar yang memohon untuk program mesti mendapatkan
sekurang-kurangnya C dalam Bahasa Melayu dan sekurang-kurangnya B+ dalam Bahasa Inggeris pada peringkat SPM. Pelajar juga perlu mendapatkan sekurang-kurangnya EMPAT B+ dan SATU B.
Bagaimana untuk memilih A-level atau AUSMAT?
Permohonan kemasukan ke A-level atau juga AUSMAT perlu dibuat melalui kolej-kolej yang menawarkan program tersebut. Selain itu, pelajar-pelajar cemerlang SPM yang berpotensi untuk menyambung pelajaran ke luar negara akan mendapat tawaran melalui biasiswa JPA atau lain-lain.
Sila dapatkan keterangan lanjut mengenai A-level atau AUSMAT melalui kaunselor sekolah masing-masing mengenai cara-cara serta hala tuju memasuki A-level atau AUSMAT.
5. Diploma
Hampir semua IPTA ada menawarkan program pengajian peringkat diploma dan seterusnya program peringkat ijazah yang berkaitan.
Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan juga perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Para pelajar boleh memohon biasiswa atau pembiayaan yang lain seperti PTPTN untuk menampung kos pembelajaran.
Lulusan program diploma boleh terus bekerja jika mereka mahu atau menyambung pelajaran ke peringkat ijazah. Mereka perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah. Walaupun begitu ada juga universiti yang menyerap terus lulusan diploma mereka ke peringkat ijazah jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.
Bagaimana mahu memilih untuk melakukan diploma?
Semasa tingkatan 5, permohonan UPU dan USM akan dibuka. Anda boleh memilih samada mahu meneruskan pembelajaran melalui Program Asasi/Tamhidi atau Diploma.
Sila rujuk kaunselor sekolah masing-masing bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai program diploma yang ditawarkan oleh IPTA di Malaysia.
6. TESL
Sebenarnya TESL bukanlah sebuah program untuk ke universiti seperti Matrikulasi atau Asasi tetapi TESL merupakan salah satu bidang dalam Ijazah Sarjana Muda (Degree). Dimasukkan di sini kerana semasa Projek Semaian Budi 2.0 yang lalu ada pelajar yang bertanya kepada pasukan saya dan kami menjadi sedikit 'gamam'. Ye lah, kami ni tak ambil bidang tu jadinya tak lah mengetahui. Sebagai iktibar saya melakukan sedikit kajian untuk dijadikan rujukan.
Teaching English as Second Language (TESL) merupakan salah satu kursus pendidikan. Mempunyai tempoh selama 8 semester (approx 4 tahun). Degree in TESL di tawarkan di :
IPTA :
Universiti Malaya (UM)
- Fakulti Pendidikan
- Mempunyai temuduga
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
- Institusi Pendidikan
- Tiada temuduga
- *hanya untuk pelajar-pelajar Asasi UIAM
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
- Fakulti Pendidikan
- Mempunyai temuduga
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
- Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial (Fakulti)
- Mempunyai temuduga
Universiti Putra Malaysia (UPM)
- Fakulti Pengajian Pendidikan
- Mempunyai temuduga
Universiti Sains Malaysia (USM)
- Pusat Pengajian Pendidikan
- Tiada temuduga
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
- Fakulti Pendidikan
- Tiada temuduga
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
- Fakulti Pendidikan
- Mempunyai temuduga
- *calon bumiputra sahaja
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
- Fakulti Bahasa
- Mempunyai temuduga
IPTS :
Open University Malaysia (OUM)
Universiti Selangor (UNISEL)
Bagaimana untuk memilih TESL?
Sebenarnya tak banyak maklumat yang dapat berkenaan TESL. Tetapi setahu saya TESL ditawarkan di Pusat Asasi seperti di UiTM. Selain daripada mengisi UPU dan memilih TESL, anda juga boleh membuat permohonan melalui persediaan ke luar negara (seperti A-level). (open for suggestion)
Itulah sedikit sebanyak yang saya mampu sediakan. Diharapkan sedikit sebanyak ini dapat membantu anda di luar sana.
Seterusnya terletak pada pilihan anda sendiri bagi memilih program mana yang sesuai untuk anda memasuki universiti bagi mendapatkan segulung ijazah atau degree.
Selamat berjaya di ucapkan!
IPTA di Malaysia |
#artikel ini ditulis hasil kajian secara cedokan dari beberapa sumber. Diharapkan sekiranya terdapat sebarang ralat atau penambah baikan dapat disampaikan kepada saya agar dapat diperbetulkan.
camner nak masuk pra diploma?
ReplyDeletepra-diploma untuk pelajar2 lepasan spm yang tidak layak untuk memasuki program diploma. Permohonan pra-diploma boleh dibuat terus ke laman web universiti yang menawarkannya sebagai contoh UiTM
ReplyDeletepra-diploma @ sijil kemahiran boleh juga mengambil di kolej komuniti.... bergantung kpd cost yg kita minat..
ReplyDeletekemudian baru boleh lanjutkan ke peringkat diploma... *dip ni cuma boleh ambil di politeknik jer ~~"
terima kasih ^_^
ReplyDeletelepasan form 6 tak boleh pg oversea ?
ReplyDelete?? form 6 lah sng nak ke luar negara.
DeleteLepasan asasi sains fizikal UM boleh sambung kos akaun x?
ReplyDeletekalau asasi sains uitm ada temu duga tak?
ReplyDeleteAsasi ni ada 2nd intake tak?Sy dpt Matrikulasi tapi sy ada mohon asasi.Kalau saya teruskan Matriks boleh ke saya masuk asasi sekiranya ada tawaran?
ReplyDeleteAsasi sains uitm,tiada temuduga.saya bekas pelajar asasi UiTM.
ReplyDeletenk tanye, klu buat foundation di ipts, mase degree nnti boleh apply ke ipta k?
ReplyDeletesaya mendapat tawaran ke matrikulasi dan tawaran upu , diploma kesihatan haiwan dan ternakan di universiti putra malaysia . Saya Telah membuat keputusan untuk mengambil diploma kerana minat saya sejak dahulu ingin menjadi vet . jika pointer saya bagus adakah saya boleh terus mengambil ijazah ?
ReplyDeleteSalam wbt, saya ada buat pemohonan melalui pos untuk A-LEVEL . Macamana nak tahu tawaran saya diterima eh? sebab upu saya xlepas,sedih sebab keputusan saya 'keputusan boleh hidup kalau buang ke hutan amazon' pun .. hmmm ada sesapa tau?
ReplyDeleteSdri. Lily Nazifah dapat semua pangkat A ke? Ikut pengalaman, jika keputusan sedemikian memang boleh hidup kalau buang ke hutan Amazon, pelik pulak kenapa sdri. gagal. Semoga berjaya!
ReplyDeleteAde yg ckp unisza mnawarkan program asasi....tolong jelaskan boleh..?
ReplyDeletekalau ambik asasi undang2 di uiam,,lpas hbis dgree nnti tukar jurusan contohnya ambik pendidikan or course yg equivalent to undang2?
ReplyDeleteSaya nak apply UPU dalam ijazah pertama dan jugak merupakan lulusan A-Level German, jadi nak tanye saye kene ambik MUET ke? Kenape bile buat semakan ke Sistem Semakan Syarat Kelayakan Akademik ke IPTA tak dapat satu bidang pun?
ReplyDeleteKeperluan MUET bergantung pada bidang yang dipilih. Ada Universiti yang mensyaratkan perlu ada MUET sekurang-kurangnya Band 1 atau 2 atau 3 untuk memasuki Universiti, Ada Universiti yang membenarkan MUET diambil semasa tempoh pengajian. Bagi permasalahan anda, saya tak pasti penyelesaiannya. Saya nasihatkan anda rujuk kaunselor atau penasihat akademik anda sebelum-sebelumnya atau dapatkan maklumat yang lebih lanjut terus ke pihak Universiti. Anda boleh lakukan samada waktu pameran Jom masuk U atau hubungi terus mana2 universiti yang anda hendak masuk. Maaf kerana tidak dapat memberikan jawapan yang tepat dan saya harap anda tidak berputus asa untuk meneruskan pengajian. Kekalkan semangat dan momentum yang ada! ^__^
DeleteApakah pandangan anda mengenai wujud permasalahan bagi pelajar lulusan A-Level untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA? Ini berikutan terdapat ramai pelajar-pelajar senior lulusan A-Level gagal mendapat tempat ke IPTA dan terpaksa ke IPTS bagi menyambung pelajaran.
Deleteade tak mana-mana universiti (ipta atau ipts) yang buka permohonan untuk ijazah sarjana muda kejuruteraan pada bulan september/oktober 2013 dan pengajian bermula pada januari 2014?
ReplyDeletebagaimana ya saya asasi di ipta, tapi untuk sambung degree, ipta tersebut tidak menawarkan bidang yang saya minat, bolehkah saya tukar ke ipta lain? klu boleh bagaimana caranya?
ReplyDeletekalau masa asasi saya ambik law but then masa nk further degree rasa mcm nk ambik course lain. Course apa yg bersesuaian ya? thank you :)
ReplyDeletesalam..bleh x msok universiti yg sme 2 kali?contoh,sye prnh msok u nie,pas2 kna dismiss,bleh x sye mhon nk msok u 2 blik??
ReplyDeletesalam bolehkah saya sahkan tawaran matrik sementara menuggu tawaran upu?adakah pengesahan tawaran ini akan memberi kesan tehadap permohonan upu saya?
ReplyDeletekalau pelajar lepasan matrik, boleh ke apply american degree programme?
ReplyDeletebole terangkan untuk pelajar bukan bumiputra.. layak untuk memohon asasi di u atau tidak?
ReplyDeleteTQ
hye. may i know how to apply for UMS TESL? i'm from diploma kptm. idk if i'm wrong or not, but i couldnt find ums tesl in upu form. thanks.
ReplyDeletepelajar antarabangsa blh belajar di u kerajaan ?
ReplyDeleteMacam mana nak apply a level?
ReplyDeletemcamana dengan tawaran kemasukan pelajar lepasan spm bagi pengajian dlam bidang TESL?boleh terangkan dengan lebih detail..ASAP ye..thank u.
ReplyDeletepelajar bukan bumiputera boleh memohon ke prog. asasi UM?
ReplyDeleteHai,sy nak buat f6..klau buat f6 4 sure kena dpt 4.0 ker?baru blh msk IPTA ker?
ReplyDeleteplz reply!TQ byk byk sbb blog ni sgt helpful utk student mcm sy tq again:)
ReplyDeleteplz reply!TQ byk byk sbb blog ni sgt helpful utk student mcm sy tq again:)
ReplyDeleteplz reply!TQ byk byk sbb blog ni sgt helpful utk student mcm sy tq again:)
ReplyDeleteHai,sy nak buat f6..klau buat f6 4 sure kena dpt 4.0 ker?baru blh msk IPTA ker?
ReplyDeleteprogram asasi dan matriks mmg kena apply semasa form 5 ke? bukan selepas dpt result spm? thanks.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian
ReplyDeleteMacam mna cara untuk memohon tesl
ReplyDeleteKalau nak sambung degree luar neara kena ambik muet tak?
ReplyDeleteAssalamualaikum , Saya seorangf bukan bumiputra dari sabah dan teringin sngt nak masuk asasi sains UM , rasanya ada peluang dpt x
ReplyDeleteassalamualaikum..kalau nk msuk ke program asasi bahasa inggeris di uiam perlukan interview ke?
ReplyDeleteassalamualaikum..kalau nk msuk ke program asasi bahasa inggeris di uiam perlukan interview ke?
ReplyDeleteSalam..sye nk tnye..sye xdpt prgi ke ipta..ttp sye dpt twrn ipts sprti kpm..kpm tuh ade muet test takk??
ReplyDeleteSalam..sye nk tnye..sye xdpt prgi ke ipta..ttp sye dpt twrn ipts sprti kpm..kpm tuh ade muet test takk??
ReplyDeleteSye hrp persoalan kami dibalas
ReplyDeleteSye hrp persoalan kami dibalas
ReplyDeleteKalau nak msuk u kena dpt brp gred spm yg pling minimum?
ReplyDeletesalam, kalau saya nak amik Tesl dan melanjutkan pelajaran dalam bidang undang undang boleh ke? bagaimana cara dia ya? adakah saya akan ketinggalan pelajaran undang2 jika ambil Tesl dulu? harap sgt bantu dan reply ya... tq
ReplyDeleteGreat and that i have a keen provide: Is It Good To Buy Old House And Renovate small home additions
ReplyDelete