Pada 28 dan 29 April 2012, seramai 31 ahli Kelab Taekwondo (ITF) Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah menyertai program 'Taekwondo (ITF) U-Tour'.
Tu dia, da macam baca berita pulak buat starting entry macam ni... hehehe...
Seawal jam 8.00 pagi kami telah bertolak menuju ke destinasi pertama pada hari tersebut iaitu IPG kampus Sultan Mizan di Besut, Terengganu. Perjalanan memakan masa selama 6+2 jam (termasuk waktu berhenti rehat dan solat Jumaat), kami tiba di IPG pada pukul 4.30 petang.
|
Pintu gerbang IPG. |
|
|
|
|
Wakil JPP dan UMP. |
Ketibaan kami disambut ceria oleh wakil IPG. Tambah mengejutkan lagi, segala layanan mesra sepanjang kami berada di sana diberikan oleh wakil Jabatan Perwakilan Pelajar (JPP) IPG tersebut sendiri! Sungguh terharu rasanya... huhuhu...
Tambah menghangatkan lagi suasana, latihan 'sparring' atau pertempuran dilakukan. Beberapa ahli dari UMP dan IPG diberi peluang untuk sparring sesama mereka... ^__^
|
Tengah bersedia nak buat demo sparring dengan Benjunior. Nak tengok video punya? Tak payah! Ceroi... hahaha... |
|
Takiya vs. Akmal... (real fight) |
|
IPG (Ain) vs. UMP (Eton) |
|
Safuan vs. Afifi |
cukuplah dulu setakat ini.... nanti aku sambung lagi vol. 2 pulak... lebih pengembaraan dan lebih cabaran... hehe.... Assalamualaikum!