Sunday, 19 August 2012

Salam Lebaran 2012

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya !!

Pertama sekali Amin Faudzi ingin memohon maaf pada anda semua sekiranya terdapat salah dan silap sepanjang perkenalan kita atau sepanjang saya ber-blog di dunia cyber ini secara zahir dan batinnya.



Raya ni ada buat rumah terbuka tak?

InsyaAllah rumah saya sentiasa terbuka kepada rakan-rakan untuk datang beraya... Tapi.... sedih sekali... Amin terpaksa bekerja di petang raya   T___T

Pukul 4.30 dah kena masuk kerja (duit raya punya pasal) sesiapa yang tahu lokasi di mana saya bekerja boleh lah datang kita beraya bersama, insyaAllah kami warga sekerja akan pakai baju raya!

Hari Raya kita perlu bergembira, mensyukuri nikmat Tuhan.

Sejujurnya saya berasa sedih bukan sahaja kerana Ramadhan Mubarak telah pergi meninggalkan kita malah prestasi saya semasa bulan puasa tahun ini tidak memuaskan hati. Saya puasa penuh! hehe... Tetapi disebabkan kerja dan kepenatan solat terawikh berlubang-lubang.... Namun itulah hakikat dunia ini, kita dapat apa yang kita kejarkan...

Terima kasih kepada rakan-rakan yang menjemput beraya ke rumah.

Hajat hati tersangatlah mahu memenuhi jemputan rakan-rakan. Tambahan pula beramah mesra di rumah kalian. Tetapi.. tak mau sebut lagi.. fahamilah... prosedur kerja... tak dapat pula gaji nanti... woo... T___T

Apa-apa pun, saya bersyukur dan bergembira kerana sekurang-kurangnya dapat beraya lagi pada tahun ini... Sekali lagi saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI !!