About Amin

السلام عليكم

اهلاََ وسهلاََ و مرحباََ بكم

(Salam sejahtera dan selamat datang kepada anda!)

  
Nama saya Muhammad Amin bin Mohd Faudzi, atau lebih mesra orang panggil Amin. Kalau dah ramai Amin orang panggil Amin Faudzi. Amin ya Robb al-alamiin pun boleh sebab lebih kurang macam tu la sejarah nama saya ni.

Tak tahu nak declare anak jati negeri mana. Tetapi saya declare saya orang Kedah (sebelum ni Penang). Sebab apa? Sebab hidup saya ni penuh dengan berpindah randah.

Saya dilahirkan di Johor Baharu (Hospital Besar Sultanah Aminah) pada hari Selasa 14 Januari 1992M bersamaan 10 Rejab 1412H. Kemudiannya dibesarkan di Negeri Perlis sehingga umur 10 tahun sebelum menjadi seorang remaja di Negeri Pulau Pinang. Kini setelah saya berusia 21 tahun, keluarga saya kembali berpindah ke Negeri Kedah dan sememangnya asal keluarga sebelah ayah saya juga Kedah. Saya bukanlah jati Kedah kerana sekarang ni pun sedang belajar di Negeri Pahang. orang selalu cakap, "merata-rata je lah kau ni.." haha...

Blog Some Think 2 Tell ini bukanlah blog yang pertama dari saya. Sebelum ini saya sudah bereksperimentasi melalui dunia blog. Saya pernah bina blog bertemakan Agama, perniagaan, diari dan lain-lain. Tetapi telah ditutup kerana tidak menepati citarasa saya.

Kini Some Think 2 Tell diharapkan agar dapat menjadi sebuah medium untuk saya berkongsi citarasa melalui pengalaman, pengetahuan dan info semasa. Angka 2 pada nama blog ini menunjukkan bahawa blog ini blog generasi ke-2 dari saya (A new fresh life).



Saya juga berharap agar dapat berhubung kembali dengan rakan-rakan saya yang telah lama terputus hubungan.

Selain daripada menghabiskan masa di depan laptop, saya suka menyertai aktiviti yang anjuran kelab yang saya join. Sekarang ni saya join UMP Taekwon-Do (ITF) Club dan Kelab In-Smartive.

Saya sangat menggemari Seni Bela Diri dan bercita-cita untuk menjadi Juara walau sekali. Tak kisahlah peringkat apa pun asalkan berprestij. Pencapaian tertinggi setakat ini adalah Naib-Johan kategori Heavyweight Peringkat Negeri Pulau Pinang (2008) dan memegang 'blackbelt' WTF.


Masa UMP Open (2012)
Selain itu, saya mengasah softskills atau kemahiran halus melalui aktiviti In-Smartive yang membuatkan saya perlu berucap di hadapan audience atau memerah otak yang mengasah leadership skills. Melalui In-Smartive juga saya berharap agar dapat menyumbang bakti kepada masyarakat. Saya pernah lalui kehidupan yang Alhamdulillah serba cukup tetapi mungkin kurang fasiliti. Oleh itu, apa salahnya bila saya sudah berfasaliti saya menyumbang kepada masyarakat sebagai fasilitator.



PKM Sempena Cabaran Berkayak
Berikut adalah info pendidikan saya :

- Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti), Padang Besar, Perlis
( 1997-1998 )

- Sekolah Kebangsaan Padang Besar Utara ( 1999-2002 )
- Sekolah Kebangsaan Batu Lanchang, Pulau Pinang ( 2002-2004 )
  UPSR : 4A 1B

- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Mashoor Lelaki
( 2005-2009 )
  PMR : 8A 1D
  SPM : 3A 5B 3C


-Kolej Matrikulasi Pulau Pinang [sains fizikal]
( 2010-2011 ) x nk ckp pointer!

-Universiti Malaysia Pahang [Kejuruteraan Mekanikal] ( 2011-sekarang )


Begitulah serba sedikit tentang saya....

Terima kasih kerana sudi melawat dan membaca blog saya!  ^__^

Contact : aminfaudzi[at]gmail[dot]com

Facebook : Amin Faudzi
kat FB ada contact number :)