Friday 20 April 2012

The Adventure of Me.... Episod Canseleri

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Excited ni, balik-balik je terus update blog... wohoo~~ Balik dari mana? Balik dari menghadiri sebuah mesyuarat/perbincangan yang dipengerusikan oleh Naib Canselor UMP sendiri! Huhu.... Memang best-lah join Kelab In-smartive.. Pengalaman macam ni memang sukar nak dapat.. (weyh.. Kelab TaeKwonDo masih di hati jugak na... ^__^ )

What is the big deal?

Well, mungkin bagi sesetengah orang benda ni tak da pape pun kan? Tapi bagi aku yang sebelum ini tak pernah menyertai perkara-perkara macam ni, rasa teruja sikit-lah.. haha... Kalau dekat sekolah dulu setakat buat perbincangan dan presentation depan kawan-kawan atau cikgu ja...

Tapi sekarang aku mengorak langkah yang lebih besar. Bukan sahaja melibatkan aktiviti berpesatuan, malah melibatkan pihak luar seperti Persatuan Kebajikan dan Kemajuan Sosial Pulau Pinang (PKKS)!

Dapat melihat dengan sendirinya bagaimana perbincangan yang melibatkan pelbagai pihak (serius matter) dilaksanakan. Tidak melibatkan emosi (luaran) dan penuh profesionalisma...

Ni ada beberapa keping gambar masa dekat Canseleri UMP kampus Gambang...

Inilah Zharif rambut stylo tunjuk canseleri...

Wan, Jamil, dan Bad

renyit mata siket.. panas... :P

Atiqah, Azmira, Su



tak reti lagi senyum -__-

kononnya sedang bercakap tapi su kacau!
Semasa perbincangan tu aku sebagai back-up je... Ok apa.. so close... haha... Tapi masih diberi peluang untuk bercakap dan tahniah la... Gagap tu tak tapi masa cakap bunyi macam merapu... Lost la tu.. haha...

Anyway, aku just nak cerita yang ini-lah pengalaman pertama aku begitu komited dan serius dalam melakukan perkara yang agak besar dalam kehidupan. Niatnya cuma satu... Sebagai bekal masa hadapan~