Wednesday 18 April 2012

Once A blogger....

Salam semua!

Wah, sekarang ni da masuk bulan April... Kalau dilihat-lihat kembali tarikh post-post yang lepas... agak lama jugalah kan aku tak update blog ni... Huhuhu...

Why? Adakah aku sudah berhenti daripada menjadi seorang blogger?

Owh... tidak! Once a blogger will always be a blogger...

Aku masih aktif dalam dunia blogging ni, tapi aku 'diminta' untuk sumbangkan sedikit tenaga aku kepada sebuah blog aktiviti projek yang aku sendiri sertai iaitu Projek Kilauan Mutiara Teach Malaysia Teach. Jadi, tumpuan aku pada waktu-waktu aku menghilang dari blog ini diberikan kepada blog projek tersebut...

Tengoklah ni gambar dia sikit... in case ada yang tak sudi klik link di atas tu kan.. huhu...


Tapi blog ni bukan aku buat sorang-sorang, ada lagi beberapa orang rakan-rakan yang membantu. Kami gelar diri kami sebagai 'Team Blogger' dalam organisasi projek tersebut. Turut membantu juga adalah 'Team Technical'. Tugas aku cuma ubah suai template dan touch-up je... kalau ayat-ayat karangan dalam tu kawan aku yang buat... aku mana reti buat ayat cerita-cerita ni... huhu...

Kerja-kerja aku dan rakan-rakan dalam blog tersebut ternyata tidaklah sampai tahap syok sendiri. Sebab penasihat kelab turut berpuas hati dengan kerja-kerja kami... ^__^

Jadi, ini menambah semangat aku untuk terus ber'blogging' sebab selepas ini, aku sekali lagi diberi kepercayaan untuk memberi 'sentuhan' kepada blog Kelab In-smartive pula. Nantikan kemunculannya!

Huhuhu... ^__^!