Wednesday, 23 May 2012

Puasa Ramadhan (bahagian 3)

Rukun Puasa

1. Niat - kehendak (qasad) melakukan puasa. Tempatnya di hati, tidak cukup dengan hanya melafazkannya dengan lidah dan tidak disyaratkan melafazkannya. Niat pada waktu malam dengan penentuan iaitu berpuasa pada bulan Ramadhan. Dilakukan secara berulang-ulang pada setiap malam.

*Dalam mazhab syafi'e niat berpuasa hendaklah pada setiap malam Ramadhan. Manakala dalam mazhab Maliki dibolehkan untuk berniat untuk berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan.

2.Menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga tenggelam matahari.

Perkara-perkara yang membatalkan puasa :
  1. Makan dan minum.
  2. Sapainya sesuatu ke dalam rongga melalui liang terbuka.
  3. Muntah dengan sengaja.
  4. Bersetubuh dengan sengaja.
  5. Mengeluarkan air mani dengan sengaja.
  6. Haid dan nifas.
  7. Gila dan murtad.