Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini
Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki
Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini
Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan
Pergh... tersentuh di kalbu tatkala menyanyikan lagu ni. hahaha... Ini-lah lagu yang dinyanyikan oleh adik-adik dari SMK Chini 2 semasa Kem Interaksi Pemimpin Muda yang berlansung pada 20 hingga 22 April lalu. Aku turut terlibat dalam program ini tetapi hanya sebagai fasilitator jemputan (datang pun lambat.. hehe....).
Baiklah, sekarang aku nak sambung siri drama benda nak jadi yang kontot ini....
Err,, sebelum tu korang dah baca ke belum bahagian satu? Haa.. kalau dah bagus.. boleh aku sambung teruskan? hehe... kalau belum baca sila klik sini ye... Owyeaah...
Ok, sekarang bas dah datang pada pukul 3.30 petang. Muka memang ketat la sebab kejap lagi aku kena ada di Gambang (UMP) pada pukul 5.30! Pukul 4.15 baru aku sampai bilik. Masa tu-lah aku kelupur kemas-kemas barangnya, melepas hajatnya semua masa tu-lah... hahaha... Pukul 4.40 Badruzzaman Idris (rakan) telefon, cakap van dah ready untuk ke Gambang dan aku pun cakap, "ok bad! Semua ready dah ni..."
Yup, kami bergerak menuju ke UMP Kampus Gambang menaiki van. Sedih betol keadaan masa tu.. haha.. ni ada gambar dia...
control siket masa ambil gambar -__-' |
Nizam rileks je.... ^__^ |
keadaan kedudukan kami... ni yang sedih.. haha.. sedih ke? |
Azmira Othman yang berusha untuk bergambar, Su pulak kasi peace je.. ^__^! |
Tapi tak mengapalah, untuk adik-adik SMK Chini 2 abang sanggup berkorban. Bukan keselesaan dicari.. hahaha... Sesampai saja di gambang, bas sudah tunggu dan bersedia untuk berjalan.
Malam pertama di SMK Chini 2, adik-adik dijanjikan dengan keriangan yang penuh mengujakan bersama-sama dalam rancangan... 'Enjoy! enjoy!' malas nak cerita panjang-panjang, tengok gambar sudah la.. hehe...
peserta lelaki |
perempuan... |
'Nona' |
kangkung berucap... |
dia ni hebat, cendawan yang berilmu agama.. :) |
Terung pun hebat juga... |
Jambu sengih je kat depan.. huhu... |
Nona kena nyanyi terus.. kihkihkih.... |
Peserta nampak macam tak ramai je kan? Sebab aku ambil gambar 1 daripada 10 kumpulan yang ada je... Kesemua peserta seramai 100 orang.. hehehe...
Penghulu dan Penghuluwati semasa kem ini. |
Jangan terkejut, Balak adalah Ketua Pengawas SMK Chini 2. |
Jadi malam itu semua orang pun happy-lah dalam rancangan.... Enjoy! enjoy! huhu... Di sini ingin saya minta maaf kerana tak dapat meng-upload kesemua gambar aktiviti demi menjaga sebuah keamanan... hehehe...
Kecuali satu gambar ni. Gambar ini adalah kemuncak bagi Siri Drama Benda nak Jadi ini...
Gambar apa ni? Haaa... Biarlah adik-adik SMK Chini 2 dan Fasi-fasi-nya saja yang tahu... Ternyata ini adalah titik perubahan bagi adik-adik ini... Pergh.. Azan yang menyelamatkan keadaan.. :)
Keesokan paginya, semua kembali jernih... Tengok pula gambar-gambar ni...
kumpulan pengawas sekolah |
pengawas perpustakaan |
saya-lah Tualang... |
Kumpulan Ketua-ketua kelas dan Badan Beruniform. |
Selesai Majlis Penutup, maka fasi-fasi pun faham-lah bahawa kami semua perlu berangkat pergi... Aku sendiri belum sempat beramah-mesra dan mengenali dengan lebih rapat adik-adik ni... Tetapi tak mengapalah, aku ada dekat situ pun atas jemputan orang.. Besyukur juga dapat sertai kem ini.. hehe...
Begitulah sedikit sebanyak Drama Benda nak Jadi oleh saya, Amin Faudzi... Maaf kalau tak best mana pun... Ye-lah, ni drama pertama aku.. haha... Panjang pulak tu post kali ini.. Terima kasih banyak-banyak pada yang sudi baca sampai akhir... ^___^