Assalamualaikum.... ^___^
Ok, saya tipu tentang entry jawi sebelum ini adalah entry terakhir sebelum final exam... Tapi bukan sengaja lorh... :-( Saya buat entry ini pulak sebab ramai yang tanya saya macam mana nak tulis jawi? Tak kan nak kecewakan kawan-kawan pulak kan? Tapi tak mengapa, saya yakin yang ini adalah benar2 yang terakhir... hehehe... :p
Lagi pun, matlamat asal saya untuk menulis dalam tulisana jawi adalah untuk menghidupkan kembali identiti Orang Melayu. Saya juga berharap sedikit sebanyak saya dapat membakar semangat orang lain untuk memartabatkan seni tulisan ibunda ini. Tak salah kan untuk saya kongsi ilmu? Jadi, marilah sama-sama kita beramal dengan menggunakan dan membaca Jawi! ^__^
Lagi pun, matlamat asal saya untuk menulis dalam tulisana jawi adalah untuk menghidupkan kembali identiti Orang Melayu. Saya juga berharap sedikit sebanyak saya dapat membakar semangat orang lain untuk memartabatkan seni tulisan ibunda ini. Tak salah kan untuk saya kongsi ilmu? Jadi, marilah sama-sama kita beramal dengan menggunakan dan membaca Jawi! ^__^
Ok kawan-kawan, nak tulis jawi guna pc ni bukan susah pun... ada cara yang mudah melalui on9. Masuk je ke alamat E-Jawi Converter.
E-Jawi Converter |
Dah majukan sekarang ni? Anda hanya perlu cari bahan anda sendiri, tak kira-lah samada tulisan anda sendiri atau anda ambil dari mana-mana... lepas tu, copy dan paste ke ruangan yang disediakan. Dengan hanya satu klik, walla~~ anda dapat tulisan jawi.... mudah kan?
Tapi itu cara on9... kelemahannya kemungkinan ejaan yang digunapakai adalah kurang tepat. Ye-lah sebab ianya menggunakan sistem, mungkin ada beberapa perkataan yang tak sepadan dengan data dalam sistem tersebut.
Mari saya ajar macam mana nak tulis jawi secara offline! Bukan jawi je kawan, Bahasa Arab pun boleh.. wuuhuu~~ ^__^
Perasan tak benda ni atas desktop anda?
Ok klik situ dan akan keluar macam ni kan?
Huh? Tak da yang AR tu? Ooo... Mungkin sebab anda belum install Arabic Language ke dalam pc anda.. huhu... Tak pa.. meh saya tunjuk macam mana.. :)
Ikut langkah ini :
Keluar benda ni kan?Start > Control Panel > Region and language
Ok, anda hanya perlu klik pada keyboards and Languages kemudian change keyboards dan akan keluar benda ni pulak.. :p
Masih boleh ikut? Kalu ya... Great!
Lepas tu anda klik butang add (rujuk gambar di atas) dan akan keluar senarai bahasa yang ditawarkan. Carilah bahasa Arab, saya prefer Arab Saudi kerana ia menggunakan Arab baku dan Bahasa Arab ni pun dia ada lughoh yang berbeza. Dah siap klik-klik yang mana anda mahu tu, tekan je ok. Lepas tu Apply yang mana patut... hehehe...
Maka siap sudah... Oh! Kalu dia memerlukan capaian internet mungkin kerana pc anda perlu download kamus bahasa tu terlebih dahulu. Tapi saya rasa kalau anda pengguna Windows 7 Ultimate tak payah risau da.. huhuhu....
Ok, check balik dekat sini :
ada tak AR macam ni?
Kalau ada bagus! Anda sudah bersedia untuk menulis jawi dan Bahasa Arab... ^___^
Aksesori tambahan yang saya pakai dan anda juga mungkin perlu ada ialah :
Sticker Jawi untuk keyboard |
Dengan adanya sticker ni, menulis jawi menjadi lebih mudah. Lainlah kalau anda boleh hafal kedudukan huruf Hijaiyah tu... huhu...
Ada kelemahan lagi kawan-kawan, sticker tu untuk huruf-huruf Arab je... Huruf jawi seperti
ڬ ,ڽ, dan ۏ pula tak ada
Mudah saja, anda hanya perlu buka MS Word, pergi kepada Insert > Symbol. Kemudian carilah huruf-huruf yang tiada tadi. Lepas tu copy paste saja ke dalam blog...
Lagi satu! Saya syorkan anda explore dulu keyboard anda tu apabila menggunakan Bahasa Arab. Contoh : Shift+Q dan lihat apa jadi. Try setiap kekunci pada keyboard anda... hehe...
Cukup sudah kot rasanya apa yang perlu saya sampaikan. Kalau ada masalah atau ingin bertanya jangan tangguh-tangguh untuk tanya ok?
Sekian, assalamualaikum!
p/s: kalau anda datang dari sini, jngn lupa donate dkat blog dia tau... huhu... :P