Sunday, 9 December 2012

Time Capsule

Assalamualaikum,

Pernah tak anda rasa seperti sebahagian dari sejarah hidup anda sangat jauh meninggalkan anda? Ke tak pernah rasa sebab anda selalu berada dekat dengan kampung halaman?

Bagi saya yang kerap berpindah randah bersama keluarga, saya rasakan memori lalu seolah tidak boleh disingkap kembali. Sebabnya diri saya yang sekarang tidak lagi berada di tempat saya yang dulu.

Contohnya, saya dilahirkan di Negeri Johor. Sangat sikit perkara yang saya dapat ingat mengenainya kerana saya cuma menetap di sana selama 4 tahun. Kemudian saya berada di Padang Besar, Perlis selama 7 tahun. Banyak perkara yang saya dapat ingat tetapi banyak juga yang semakin pudar seiring meningkatnya usia. Setelah itu, saya berpindah pula ke Pulau Pinang. Sudah hampir 10 tahun saya dan keluarga menetap di sana dan tak lama lagi akan berpindah pula ke Kedah setelah bapa saya bersara.

Semasa saya berada di Pulau Pinang, memori semasa saya di Perlis hanyalah sebagai imbasan kenangan (flashback) kerana tiada apa2 di sekeliling yang mampu mengembalikan ingatan. Apa entah lagi memori semasa di Johor.

Ini adalah aktiviti pertama apabila bermulanya semester ke-3 saya di UMP

Kem Interaksi Pemimpin Muda (In-Team) Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah (KMTK).


Tapi saya gelar kem ini sebagai 'Penggamit Memori'. Kerana sepanjang perjalanan kem ini termasuklah sebelum dan selepasnya seolah membawa saya melalui 'time capsule'. Memori lama disegarkan kembali.

Kami bertolak pada malam Jumaat (hari Khamis) 26 September. Seperti biasa perjalanan dari Pahang ke sebelah Utara memakan masa yang sangat lama. Hampir 12 jam kami berada dalam bas.

Berehat di Simpang Pulai, cuaca sedikit dingin.
Semasa di Sungai Perak
Bagai sudah menjadi adat ahli In-Smartive apabila bertandang ke Utara pasti akan menyinggah ke Perusahaan Air Nira Nipah Segar, Kuala Sedaka. Anda boleh baca kisah yang lepas di sini.
Air Nira Pokok Nipah
Ayoh tambah lagi

Kesan air nira.
Hahaha... depa ni tak mabuk pun sebenarnya. Saja posing depan kamera. Air nira yang dihidangkan sangat fresh dan aroi ching-ching (lazat sangat2). Arigato kepada pak cik dan mak cik -san yang sudi melayan kami.

Selepas itu kami menuju ke KMTK. Untuk ke Kedah dari Pahang mesti melalui Pulau Pinang. Nak tahu apa yang kami lalui? Ini dia...

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, Pongsu Seribu.
Kenangan semasa belajar di sini terpancul di minda. Tambah2 lepas tu kami melalui kawasan Pacific tempat budak2 KMPP selalu outing. Pergh...

Sesampai di KMTK, kami buat apa yang patut. Kem tak dijalankan di KMTK sendiri atas beberapa faktor. Jadi kami hanya menyinggah sementara untuk bergerak bersama-sama pelajar KMTK.

Pokok Tai di belakang.

The Warden.
Dan yang paling epic sekali adalah ini :

Bas KMPP dan UMP
I don't know if you know the feeling but I feel that it is awesome! Ditakdirkan Tuhan untuk mereka bertemu... hehehe...

Kem yang sebenar dilaksanaka di Kem Seri Juluk Resort, Naka, Kedah. Tak banyak yang saya ingin ceritakan mengenai kem tersebut. Anda boleh dapatkan ceritanya di blog rasmi In-Smartive.

Tetapi one thing for sure, buat pertama kalinya kejadian histeria berlaku depan mata saya. Apa yang pertama kalinya adalah saya sendiri membantu memegang dan mengawal pelajar yang histeria tersebut. Ya, budak lelaki. Sebelum ni tengok dari jauh ja.

Permulaan kem.
Peserta dan fasi lelaki.
divisyen wanita
A satisfying ending buat kem tersebut.

Tetapi selepas kem ini tamat, kami semua bertambah excited. Ini kerana agenda seterusnya sangat mengujakan. Setelah pelajar2 KMTK pulang, kami menuju pula ke Perlis!

Kami ke Perlis bagi memenuhi jemputan salah seorang fasi (kak Yong) ke rumahnya. Katanya nak jamu kami nasi ayam. Memang sungguh pun, sedap pulak tu... hehehe...

Di Perlis, kami tidur di penjara. Oh, tidak bukan kami dipenjarakan. Tetapi rumah kak yong tu dalam kem penjara atau lebih tepat nama barunya adalah Pusat Koreksional Jabatan Penjara Malaysia, Mata Air, Perlis. Kebetulan malam itu adalah ulang tahun kelahiran rakan kami...

masa ni tak insaf lagi, janji dah tak buat ^_^
Keesokan harinya, kami berjalan-jalan pula ke Padang Besar! Kami ke Arked Niaga Padang Besar...

Seronok membeli belah.
Tunggu apa lagi, kami shopping la di sana. Saya turut membeli 2 helai jersi. Satu jersi Arsenal (sebab lawa je) dan satu lagi jersi Malaysia yang tak jadi.

Di sini lah kemuncak pengembaraan 'time capsule' saya, saya bertemu dengan rakan bapa saya Pak cik Zamri dan Pak cik Ali. Kedua-dua mereka adalah jiran saya semasa di Kem UPP Padang Besar. Di kawasan Arked Niaga tersebut juga tempat yang saya biasa pergi semasa kecil. Membeli pakaian, mainan, makan-makan semua di situ. Kawasan sekitarnya ada tempat saya pergi 'tuition' dan yang paling indah, sekolah lama saya. Walaupun tak mendekati tetapi saya nampak dari jauh Sekolah Kebangsaan Padang Besar Utara. Cukup untuk mengubat rindu.

Selepas itu, kami menuju semula ke Negeri Pahang, kembali ke UMP

Tamat.