Sebuah kisah pengalaman hidup....
*************
Secara keseluruhan apa yang ingin aku perkatakan berkenaan kejohanan ini, Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dari hari pertama; 22 Jun hingga ke hari terakhir kejohanan; 24 Jun 2012. Meh tengok-tengok sikit gambar-gambarnya.... huhu...
|
kategori wanita |
|
pengacara majlis |
|
Alex the Team Manager (UMP) |
|
The pretender |
|
syok la tu dapat pingat... |
|
kategori lelaki |
|
dush.... |
|
tempat paling busy... |
|
photo bombed |
|
mantap... |
|
aku kalah dengan yang tengah... abaikan yang kanan sekali tu.. hahaha... |
|
syok oo... bila menang tu... |
|
team spar wanita... when you see it... |
|
kami sudah.. anda bila lagi? |
|
kecik dan berbakat... |
|
tak da apa-apa.. jangan risau... |
gambar aku menggugupkan diri kat atas pentas depan orang ramai depa tak ambil pulak... sedih betul... video aku lawan? ada.. nak tengok? hahahaha.... tak mau tunjuk lagi la... secara ringkasnya gaya aku berlawan memang sangat terok. Entah kenapa bila aku pakai 'head gear' saja terus aku hilang arah. Bukan nak salahkan head gear, aku mengaku aku kurang latihan sambil memakai head gear dan aku sangat noob dalam ring. Lepas ni aku nak beli head gear satu... Sekurang-kurangnya aku tahu di mana kelemahan aku... Weyh.. luar ring hampa jangan buat main la... hahaha... :P
Dawn of The Battles?
Off course la tajuk entry ni bukan kata dekat aku... dawn of the ultimate fighter? InsyaAllah.... hehe... yang dimaksudkan adalah sebuah lonjakan yang telah dilakukan oleh Kelab Taekwon-do ITF Universiti Malaysia Pahang (UMP) kerana telah menganjurkan sebuah kejohanan bertaraf kebangsaan buat pertama kalinya!
Sebelum ni aku dengar cerita dari senior-senior dan super senior dan juga berpadukan gambar-gambar lama, kejohanan sebelum-sebelum ni hanya bertaraf antara universiti je... contoh gambar bawah ni...
|
The Beginning. |
aku tak tau sangat nak cerita macam mana, cumanya yang aku faham kejohanan sebelum ini hanya disertai universiti-universiti seluruh Malaysia. Berat juga tu... Tapi kali ni lagi berat sebab turut menjemput kelab-kelab Taekwondo Universiti, sekolah, negeri, persatuan seni bela diri dan segala jenis lagi-lah... hahaha... Sebab itu aku namakan 'Dawn'. Kalau kejohanan yang lepas adalah 'The Beginning'.
Tepuk tangan sikit.... hehehe... Biasalahkan sebelum sesuatu itu menjadi hebat, perlu bermula secara kecil-kecilan dulu... Mungkin sekarang ia belum menjadi gah, sapa tau ke depan hari kejohanan ini mampu menjadi sesuatu yang masyur di arena seni bela diri terutamanya Seni Taekwondo. Pada masa tu boleh-lah aku buat entry tajuk 'The Rising' pulak kan? hehehe....
Dalam kejohanan ni, aku ditugaskan sebagai AJK Jemputan di mana aku di beri tanggungjawab untuk menjemput semua kelab-kelab Taekwondo yang ada di Malaysia. Tetapi jujur aku katakan, aku tak berjaya laksanakan kerja ni dengan baik. Sedih juga aku rasa, tetapi benda dah lepas, tak perlu-lah aku cerita panjang-panjang lagi...
Apa-apa pun untuk masa akan datang, aku akan sentiasa komited dan excited untuk turut serta menyumbang tenaga. Harap-harap dapat buat bidang publisiti sebab aku rasa itu bidang aku... hehehe... Aku juga bercita-cita untuk memajukan Kelab Taekwondo UMP seperti mana majunya kelab aku satu lagi nu... ^__^
Terima kasih kerana sudi membaca entry ini dan jika sudi nantikan cerita-cerita seterusnya...
-TAMAT-