#reposting enty yang lama
بسم الله الرحمن الرحيم
Pada kali ini saya ingin berkongsi sedikit mutiara yang saya dapat berkaitan syak dalam solat dan sujud sahwi. Bila kita perlu sujud sahwi? Apakah hukum melaksanakannya dan bagaimana cara pelaksanaannya?
Sujud sahwi tidak termasuk dalam rukun sembahyang bahkan hukum mengerjakannya adalah sunat apabila berlaku syak dalam solat.
Bagaimana yang dikatakan syak dalam solat?
Apabila kita sedang bersembahyang, tiba-tiba datang keraguan dalam hati kita berkenaan jumlah rakaat yang telah kita kerjakan atau bilangan yang berbaki maka timbullah syak dalam solat.
Tak khusyuk punca syak dalam solat |
Apabila kita sedang bersembahyang, tiba-tiba datang keraguan dalam hati kita berkenaan jumlah rakaat yang telah kita kerjakan atau bilangan yang berbaki maka timbullah syak dalam solat.
Contoh situasi: Semasa anda sedang mengerjakan solat 4 rakaat seperti solat zohor, asar, dan isya' dan anda terlupa bilangan rakaat yang telah anda kerjakan samada sudah melakukan 4 rakaat atau baru 3 rakaat. Maka cara penyelesaiannya adalah anda perlu tetapkan hati bahawa anda baru sahaja melakukan 3 rakaat dan perlu menambah lagi 1 bilangan rakaat kerana :
1) Jika anda betul-betul baru sahaja mengerjakan 3 rakaat, maka dengan dengan menambah 1 lagi bilangan rakaat akan cukuplah bilangan rakaat yang wajib dikerjakan dalam solat berkenaan.
2) Jika bilangan rakaat yang sebenarnya anda sudah kerjakan adalah 4, dengan menambah 1 lagi akan menjadikan jumlah bilangan rakaat yang anda kerjakan adalah 5, maka adalah dimaafkan kerana sudah timbul syak dalam diri anda. (Lagipun pula anda sendiri tidak ingat bilangan rakaat yang telah dikerjakan dan telah menetapkan dalam hati dengan yakin bahawa anda baru sahaja mengerjakan 3 rakaat).

Tips : Anda perlu tetapkan dalam hati dengan jumlah rakaat yang paling sedikit. ( antara 1 dan 2 perlu pilih 1, antara 2 dan 3 perlu pilih 2, antara 3 dan 4 perlu pilih 3, dan antara 4 dan 5 perlu pilih 5)
Selain itu, sujud sahwi juga sunat dilakukan apabila anda tertinggal perkara sunat dalam solat seperti doa qunut, tahyat awal dan lain-lainnya tidak kira secara sengaja atau pun tidak.
Perkara sunat tersebut tidak perlu diulang rakaat untuk melkukannya sebagai contoh apabila kita terlupa membaca doa qunut dan kita sudah pun berada dalam kedudukan tayhyat akhir, maka tidak perlulah kita tambah lagi 1 rakaat semata-mata untuk membaca doa qunut. Memadai dengan mengerjakan sujud sahwi.
*Tetapi anda perlu ingat bahawa sekiranya anda tertinggal/terlupa perkara wajib atau rukun solat, anda perlu mengulanginya semula samada mengulangi rakaat tersebut atau ulang sembahyang.

Cara mengerjakan sujud sahwi menurut pandangan dan mazhab Imam Syafi'e yang digunapakai di Malaysia :
- Dilakukan pada rakaat terakhir selepas membaca tahyat akhir dan selawat, dan sebelum memberi salam. (Afdhal berada dalam kedudukan iftirash/seperti duduk semasa tahyat awal)
- Berniat dalam hati ''sahaja aku sujud sahwi kerana Allah Taala''
- Sujud dua kali beserta duduk antara dua sujud serta bacaannya.
- Bacaan ketika sujud : سُبْحَانَ مَنْ لَا يَنَامُ وَلَا يَسْهُوْ (“Maha Suci Allah yang Tidak Tidur dan Tidak Lupa)”
- Memberi salam. (Kedudukan tawarush/ duduk semasa tahyat akhir)
*Dalam mazhab Hanafi, sujud sahwi dikerjakan setelah memberi salam.
Jika berlaku syak dalam solat atau terlupa untuk melakukan perkara sunat dalam solat dan sekaligus anda terlupa untuk melakukan sujud sahwi, solat anda tetap sah kerana sujud sahwi hanyalah ibadah sunat.
Sekiranya anda sudah memberi salam dan kemudiannya baru teringat bahawa anda juga terlupa untuk malakukan sujud sahwi, maka anda boleh terus melakukan sujud sahwi (niat kembali dalam solat dan niat sujud) dengan syarat tidak melebihi kadar to'maninah (kadar masa menyebut subhanallah). Sekiranya terlebih kadar masanya, maka tidak perlu untuk melakukan sujud sahwi.

Nota : Perlu memberi salam sesudah melakukan sujud sahwi tidak kira samada melakukannya sebelum memberi salam (ingat untuk melakukannya) atau sesudah memberi salam (terlupa untuk melakukannya).
Perbincangan mengenai pelaksanaan sujud sahwi sebenarnya lebih panjang. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, atau pandangan, sertakan pada ruangan komen dibawah. Mohon untuk tegur apa yang salah ^___^
Terima Kasih!

Assalamualaikum
ReplyDeleteSaya ingin bertanya..jika trlupa rakaat,adalah disunatkan untuk melakukan sujud sahwi..TETAPI kalau sujud sahwi pun trlupa untuk dilakukan juga, macamana ya? sah atau tidak solat itu?
Terima Kasih
Sah, tetapi agak cacat solat itu. Mengapa sah? Sujud Sahwi hanyalah sunat sahaja. Wallahualam...
DeleteTerima kasih :)
Deletesaya nak bertanya, sekiranya saya sudah melakukan sujud sahwi sebelum memberi salam, tetapi selepas memberi salam, saya terlupa berapa rakaat yang telah saya lakukan ketika sujud sahwi itu, maka saya membuat sekali lagi sujud sahwi selepas salam. adakah solat saya sah?
ReplyDelete