Sunday 3 February 2013

Time Tracking : Episod Al-Mashoori

Jumaat - 1 Februari 2013, dengan menaiki scooter yang seperti spacecraft (SYM GTS 200) milik abang beserta petrol subsidi tajaan beliau, saya berkesempatan untuk melawat  sekolah menengah saya di Pulau Pinang. Jiwa melonjak gembira dapat kembali Penang!

Sedikit mengenai sekolah saya >>

مدرسة المشهور السنوية الوطنية الدينية للبنين

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Mashoor Lelaki



Kenal ke sekolah ni? Hahaha.... nama sekolah ni tak lah gah macam sekolah2 yang hebat di luar sana yang mempunyai title Sekolah Berasrama Penuh (SBP) atau Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) apatah lagi mahu dibandingkan dengan Sekolah Menengah Sains atau sekolah2 elit yang lain. Tetapi saya tetap bersyukur dan berbangga kerana sekolah saya ini antara Sekolah Kluster Cemerlang (antara yang terawal menerima) dan mencipta namanya yang tersendiri melalui beberapa usaha bidang berkehasilannya yang tersendiri.

Diasaskan pada Tahun 1916, terletak di Jalan Air Itam dan bersebelahan Jalan Scotland (berhampiran Masjid Negeri Pulau Pinang) seluas kira-kira 0.8 hektar dan mempunyai jumlah pelajar tidak melebihi 600 orang di mana 0 darinya adalah pelajar wanita, sekolah ini telah mengalami banyak perubahan dan perpindahan semenjak dari awal penubuhannya sehingga turut diwartakan sebagai tapak warisan dunia UNESCO (Georgetown; tapak lama di Lebuh Tek Soon).

Barisan guru sezaman.

Boringlah kalau nak cerita sampai habis, kalau berminat anda boleh dapatkan maklumat di SINI.

Kembali pada tarikh 1 Februari, aku dan rakan2 (mat duan potter, zaim akmal, fahmi mahsuri, farhan penyu, zakwan, dan yunus @ ucop) telah menceroboh melawat sekolah. Ini bukan kali yang pertama tetapi kali ini ia berbeza sedikit.

Kami ronda satu sekolah untuk mencari 'memori yang hilang' dengan cara time tracking... menyelusuri setiap denai laluan di sekolah sambil mengungkap memori2 yang ada disitu seperti, "disinalah tempat aku jatuh dulu...", "aku ingat lagi masa tu cikgu potong rambut aku kat sini..", dan "kat sini aku sembunyi time lari dari kelas EST..".


mat duan, fahmi dan farhan

Tapak perhimpunan, 'dewan' sekolah kami.

ambik feel beri ucapan.. haha...



dulu tak boleh bawak hp ke sekolah, jadi kami mengambil kesempatan sekarang ini untuk mengambil gambar dengan bas... haha...

rumah ber'asap'.. nampak belakang tu hutan?
Dulu tak da tempek2 mcm ni...

Pusing2 sekolah dan bersembang dengan cikgu.. tapi ramai cikgu tak dapat jumpa sebab hari tu sekolah mengadakan sambutan maulidurrasul di surau, so... kami just ronda2 je lah... hehe...

Tetapi aku sempat berbual panjang dengan kaunselor sekolah iaitu Cikgu Razak dan Cikgu Iswandi (Cikgu Iswandi juga alumni sekolah). Sembang2 mengenai prestasi sekolah dan kisah2 lampau sambil aku mem'promote' program In-Smartive pada cikgu... huhu... harap2 suatu masa nanti dapat diadakan program di sekolah di bawah tajaan UMP - In-Smartive.. ow yeaah....

Lepas sembahyang Jumaat, aku bersama zaim, zakwan dan mat duan potter pergi ke Padang Kota. Kami pekena mee sotong dan coconut shake~

coconut shake
mee sotong
zakwan dan Mat Duan

Selesai makan maka kami pun bersurai~

No comments:

Post a Comment