Tuesday 8 October 2013

Nasi Bandaraya, Kubur dan Hujan

Itu mungkin nasi terakhir kami.

Seperti yang diceritakan kepada Rashidi Razak, Suhaimi Mohd Daud Al-Mashoori, dan Nazarudin Md Noh. Diceritakan semula oleh Amin Faudzi.

Perkara yang berlaku bukan main-main, ini benar-benar kejadian.

Semuanya bermula apabila si meor mengajak amin untuk bersantap nasi goreng bandaraya. Dengan eksaitednya amin mengajak saiful yang juga sedang kelaparan. Bagaikan 'chain reaction' ajakan itu turut tersahut pada zikri.

Cerita kubur melayu berganjak ke kisah politik.

Azan maghrib berkumandang dan nasi yang ditunggu belum berkunjung tiba. Kubur yang terletak di sebelah warung seperti memberi petanda. Setelah satu topik ke satu topik dibicarakan. Akhirnya bentara menghidangkan nasi tersebut.


Nasi yang dimakan bagai cepat habis.

Mungkin agak kekalutan kerana belum lagi menunaikan solat. Hujan turun dengan lebat secara tiba-tiba. Apabila melangsaikan bayaran, kami berempat terus meluru ke arah kenderaan. Basah kuyup juga walaupun jarak antara kereta dan warung tak begitu jauh.

Hujan yang turun bagai butir mutiara.

Amin sangat eksaited melihat butir-butir hujan yang turun tepat ke arah cermin kereta. Meor yang sedang memandu turut bergelak tawa disambut dengan senyum riang orang belakang. Amin mensenyapkan diri untuk memberi meor lebih fokus pada jalan yang basah.

Petua drift menjadi pedoman.

Tiba-tiba kereta seolah-olah dihanyutkan ke arah bahu jalan di sebelah kiri. Meor cuba mengawal kereta. Suasana dalam kereta menjadi sepi. Amin cuba untuk membantu meor untuk mengawal kereta. Zikri dan Saiful di belakang terus menyepi. Kereta terus memusing ke arah kanan pula.

Pengalaman ke-2 buat kami bertiga.

Kereta yang dikawal meor seolah-olah melakukan drift memusing ke arah kanan. Tiang elektrik kelihatan jelas dihadapan. Adakah kereta ini bangkal bertempuh dengan tiang tersebut?

Alhamdulillah tiang berjaya dielak dan kereta berjaya dihentikan. Suasana yang sepi dipecahkan apabila meor bertanya keadaan rakan-rakannya yang lain. Syukurlah tiada apa-apa yang sirius berlaku.


Kami tersenyum kerana terselamat. Buat zikri, saiful, dan amin, itu adalah kali ke-2 perkara seumpanya berlaku. Kereta kancil tebabas di tepi jalan. Meor menceritakan bahawa beliau sempat menarik handbrake sebelum kereta terus meluncur di sebelah kiri. Mungkin sebab itu kereta memusing ke arah kanan semula dan sempat berhenti sebelum memasuki semak samun. Kereta dikawal berjaya mengelakkan daripada melanggar tiang elektrik.

Kami terus bergegas pulang ke kampus. Kejadian tersebut menjadi pedoman dan ingatan buat kami.


No comments:

Post a Comment