Monday 5 August 2013

Salam Lebaran 2013

#Baru 27 Ramadhan 1434H da mau ucap raya ke?

Assalamualaikum, saya Muhammad Amin bin Mohd Faudzi menyusun sepuluh jari kedua belah tangan memohon maaf kepada anda sekiranya ada pada mana-mana pada diri saya yang telah menyakiti samada hati atau batang tubuh tuan-tuan dan puan-puan, rakan-rakan, guru-guru, dan kaum keluarga sekalian.

Saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua pembaca-pembaca blog
Some Think 2 Tell.

Ucap awal-awal bukan sebab apa... oh, sebelum tu tengoklah banner yang saya buat ni...



Lawa tak? Buat biasa-biasa ja ni, baru dok belajaq guna photoshop... hehe...

Sebab-sebab ucap awal sikit:
  1. Cycle bulanan broadband bakal habis, takut sat gi habis tak sempat wish pulak. (malas nak topup)
  2. Tak sabaq nak tayang banner baru.
  3. Banyak buat salah dengan orang, nak mintak maaf awal-awal, ambil berkat bulan Ramadhan sama.
  4. Belum sambung cerita lama, so... nak mintak maaf.
  5. Tahun ni nak balik beraya di Kampung Padang Sikah, Betong, Yala, Thailand. Dah masuk border nanti payah nak online. Wish siap-siap.
Alhamdulillah bulan Ramadhan tahun ni tak macam tahun lepas. Dapat berpuasa dengan rileks di rumah dan tak miss tarawikh. ^__^

Walaupun actually sangat bosan di rumah tapi tak pa lah, boleh tolong lah sangat kan... mak mengasuh budak-budak dan cucu beliau. Dapat belajar dan dapatkan lesen kereta. Not bad huh?

Ok lah, tak ada apa-apa story sangat pun. Meh layan lagu raya ni...

Untuk yang tak takut disenggama minda :



Untuk yang jiwa rock dulu-dulu:



Untuk yang sentiasa evergreen:


Selamat Hari Raya!

No comments:

Post a Comment