Thursday 21 February 2013

Marina : New Adik Manja

Restoran Adik Manja, pernah dengar? Restoran yang terletak di jalan Gambang-Kuantan dan terkenal sebagai sebuah restoran 'misteri'. Aku pernah buat sedikit review tentang restoran ni dalam entry : Zoo dan Adik Manja. Sapa2 yang belum tahu kisahnya boleh rujuk di Sini dan Sini.




Makhluk ghaib seperti malaikat, jin dan syaitan itu sememangnya wujud seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran dan Hadis.


20 Februari 2013 / 10 Rabiul akhir 1434 - Semasa perjalanan pulang dari Kampus Gambang menuju ke Kampus Pekan, kami bercadang untuk mencari tempat persinggahan nak makan malam. Kami berempat; Saiful, Ikram, Nasir, dan aku sendiri kebetulan dah lapar. Tengah2 cari idea nak makan kat mana tu, Saiful tersebut Restoran Adik Manja. Aku pun eksaited ajak diorang makan di situ. Maka bermulalah...

Tunggu makanan

Tak tahu cerita, follow je...

tengah risau... hahaha...

Ada ja orang lepak sini..


bahagian atas untuk family besar...

minuman kami.



kuey teow sup, nasi goreng daging merah, nasi goreng paprik, dan nasi goreng pataya.

Ok jugalah masakan dia, tak mengecewakan. Cepat sebab tak ramai orang. Harga standard la kot dengan kedai sekeliling. Tapi ada yang mahal sikit, ada yang murah sikit, pandai2 pilihlah...

Restoran yang baru dibuka ni nama dia Restoran Marina. Menggunakan premis Restoran Adik Manja yang lama. Rasanya totally new owner kot. Tengok gaya macam orang Thai (muslim; Siam) tokey dia.

Dah tak de kedai lain dah nak makan? Hahaha...

Well, dah lama dah aku perhati kedai ni beroperasi dan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda 'misteri'. So aku ajaklah kawan-kawan aku ni pegi makan. Memang antara kami masih lagi berkabus perasaan gerun, takut pelik2 pula jadinya. Tetapi aku yakinkan diorang, InsyaAllah...  Tuhan bersama kita ^__^

Kepada anda, sudah2lah sebarkan cerita bukan2... kalau betul2 berlaku pun, simpanlah cerita lama. Sekarang ni diorang nak start kisah baru, kita support ok? Tak baik rosakkan bisnes orang dengan cerita macam tu...

Hehehe... Sekian saja, terima kasih...

No comments:

Post a Comment