Tuesday, 8 January 2013

Skirt Vs Tudung Labuh

بسم الله الرحمن الرحيم

30. "Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan."

31. "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka….." sehingga akhir terjemahan ayat ini.

ayat 30 dan 31 Surah al-Nur 
  
Situasi :
Drawing by Aiman Zubir
Dua orang wanita yang berasingan pergi ke pusat membeli-belah. Seorang memakai pakain yang mendedahkan aurat serta seorang lagi mentutup aurat serta mengenakan tudung labuh. Wanita yang berpakaian terdedah pergi ke pusat membeli-belah sebagai rutin biasa manakala wanita yang bertudung labuh pergi untuk mencuri (menggunakan kesempatan pada pakaian untuk mencuri).

Persoalan :

Antara dua wanita di atas, siapakah yang lebih baik?? Berpakain sempurna tetapi mencuri atau yang berpakaian terdedah?

Penjelasan :

Ramai yang beranggapan bahawa orang yang menutup aurat tetapi melakukan perkara terlarang adalah lebih teruk daripada orang yang berpakaian terdedah tetapi mempunyai sifat yang baik. Antara alasan yang dikemukakan ialah kita tidak boleh menilai seseorang dari luaran dan apa yang penting adalah sifat dalaman. Sememangnya itu adalah benar, kita tidak boleh menilai seseorang hanya pada luaran namun, bagi situasi di  atas persoalannya, siapa yang lebih baik?

Sebenarnya kedua-dua wanita itu sudah tentu tidak baik kelakuannya. Kedua-dua mereka adalah orang yang melakukan maksiat pada Allah. Tetapi jika kita perhalusi lagi antara mereka ini, siapa lebih baik?

Wanita yang mendedahkan auratnya sudah tentu terlebih buruk perilakunya. Dia bukan sahaja menyebabkan dirinya memperolehi dosa malah dia juga menyebabkan orang yang melihatnya turut berdosa. Ini kerana perbuatan mendedahkan aurat serta melihat aurat yang terdedah adalah larangan Allah. Bagi wanita yang mencuri tadi sekurang-kurangnya dia berdosa pada Allah tanpa melibatkan orang lain selagi mana dia melakukan kerjanya secara berseorangan.

Samalah juga bagi seorang lelaki bagi situasi yang sama. Larangan serta perintah berkenaan aurat tidak terletak pada wanita semata-mata. Lagi malang apabila seorang lelaki sebagai suami, bapa, adik atau abang kepada wanita yang mendedahkan aurat tidak menegur serta membetulkan perbuatan mendedahkan aurat itu. Akhirat kelak, perkara ini akan menjadi punca terhalangnya seorang lelaki dari memasuki syurga Allah walaupun semasa di dunia lelaki ini baik amalannya.

Pandangan yang menyatakan luaran tidak penting berbanding dalaman (dalam soal ibadah) adalah sama sekali salah. Pandangan ini adalah ideologi moden yang bercanggah dengan perkara sebenarnya. Sememangnya luaran dan dalaman kita perlu dijaga bagi memantapkan diri kita sebagai hamba Allah S.W.T.


No comments:

Post a Comment