Monday, 23 April 2012

Siri Drama Benda nak Jadi bhg. 1

Apa khabar semua?

Baik! Sihat! Power!

Tu dia. . . tu dia. . . memang power - power semua. . . haha. . . Apa dia yang power ni??? Mai rapat siket nak cerita. . .


Pada 21 April (sabtu) lepas, macam biasalah aku join aktiviti Projek Kilauan Mutiara Teach Malaysia Teach. Tetapi yang berbezanya pada kali ini, aku ke Sekolah Kebangsaan Sri Terentang (SKST) yang terletak bersebelahan dengan Istana Diraja Pahang! Hal ini kerana, terdapat beberapa kekangan di sekolah yang sepatutnya aku pergi iaitu SK Seri Biram.

Ini antara gambar aktiviti kami di sana :

itu adalah 'rumah' straw
diorang tengah buat 'diamond' lettew. . .

Abg Wan gelak, Firdaus tak kesah!

peace in the house. . !
adik-adik and kakak-kakak chomel. . .

buat presentation. . . walla weyh... ^__^

Secara peribadinya, aku berasa sangat gembira dapat menyertai keluarga Teach Malaysia Teach di SKST kerana di sana aku dapat melihat bagaimana cara mereka mengendalikan adik-adik (peserta) walaupun mereka mempunyai faktor cabaran yang berbeza. At least, aku dapat meluaskan pandangan terhadap projek ini dan mungkin idea untuk menyertai lain-lain sekolah adalah satu idea yang baik. Maksudnya penyelaras sekolah sertai aktiviti di sekolah lain dan ambil pedoman lalu diterjemahkan kepada sekolah masing-masing. . .  (jangan jeles family yang lain2 tu. . .) ^__^


Waktu nak balik je ada sedikit ter'calar' di situ... huhuhu.. bukan ape, ini lah yang dikatakan sebagai permulaan atau bahagian satu bagi Drama Siri Benda nak Jadi. . . .  Bas pulak lambat datang... Aku dah la kena pergi tempat lain lepas tu... pukul 3.30 petang baru bas datang, aktiviti tamat pukul 12.30. . . Tension menunggu. . . . See. . . inilah yang orang tua-tua cakapkan,

'kerana nila setitik, rosak susu sebelanga....'

Ops! aku cakap ter'calar' sikit je,tidak bermakna hari tersebut adalah sebuah hari yang hancus. . .

Tapi seriously nak kabo, sekolah ni mengingatkan aku kepada sekolah lama aku dulu iaitu SK Padang Besar Utara. Susun atur, suasana dan 'tema' sekolah ni hampir sejibik sama dengan sekolah tu. Aku hampir-hampir mengalirkan air mata kerinduan (poyo-lah!) tapi tak jadi, dalam dada je. . . hehehe. . . sementara  tengah tunggu bas tu, aku explore kawasan sekolah untuk cari surau. Masa tu-lah segala memori terpapar dalam ingatan. . . Cikgu SKST, kalau ada baca ni maaf ye, saya ceroboh kawasan sekolah sebab nak sembahyang, cari surau. . . hehehe. . .

cukup-lah takat ni je aku tulis. . . muka bosan sudah ditayangkan oleh muka anda. . . tunggu aku sambung bahagian 2 pulak k?

Owwyeaah. . . .