Sunday 27 November 2011

Selawat Fatih (bahagian 3)

بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah,

Coretan pada kali ini adalah bagi menyambung coretan yang lalu berkenaan kelebihan berselawat ke atas Baginda Rasulullah صلى الله عليه و سلم . Risalah ini merupakan sebahagian daripada muqaddimah yang ditulis oleh Saiyidi As-Syarif Ahmad Al-Hadi Al-Hasani Al-Maghribi di dalam kitab Saiyidus Solawat yang di naqalkan dan diterjemahkan oleh arwah Al-Haqier Al-Faqier Al-Muznib Al-Jaani Al-Faani ilallah Mohd Khalis b Mohd Kamal Al-Qodahi ( semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh beliau ).

Telah berkata Hujjatul Islam Mujaddidul Millah As-Syeikh Abd Wahhab As-Sya’rani As-Syafie Al-Alawiy Radhiyallahu Anhudalam Kitab Lawaqi-’ul Anwar al-Qudsiyyah fil ‘Uhuudil Muhammadiyah : ialah tercetak gambar (wajah)Rasulullahi Shollallahu Alaihi Wasallam pada diri seseorang itu akan sebagai cetakan yang lekat yang berakar umbi. Dan untuk demikian itu akan menghasilkan – dengan syarat mengekali atas berselawat atasnya Shollallahu Alaihi Wasallam dengan tujuan yang ikhlas serta mengikut syarat-syarat, adab-adab dan memahami makna-makna hingga tetaplah pada seseorang itu di dalam batinnya akan sebagai tetap yang benar lagi suci – cantuman nafas orang yang berselawat dengan nafas Sayyidina Muhammad Shollallahu Alaihi Wasallam. Dan bermesra-mesra diantara keduanya pada tempat yang dekat dan suci akan sebagai mesra yang dengan sekira-kira tidak dapat dibezakan lagi.  Maka seseorang itu beserta sesiapa yang disayanginya.” Sayyidina Muhammad yang merupakan pasak dan punca setiap yang ada bahawa membuka bagi kita dan sahabat-sahabat kita Futuh Selawat Fatih. Dan melempar akan kita pada martabat Selawat Fatih yangBatin dan martabatnya yangBatinul Batin iaitulah pembukaan Ismul A’azhomyang khas yang tersimpan padaIsmul A’azhom itu kehebatan nama Allah yang Agung lagi Diagungkan lagi yang Lebih Agung danNabiNya yang Terpilih dan Terlebih Mulia.


“Ketahui wahai saudaraku bahawa jalan untuk sampai ke hadrat Allah Subhanahu Wa Taala daripada jalan berselawat atas Rasulullahi Shollallahu Alaihi Wasallam adalah sedekat-dekat jalan kepada Allah.”

Dan telah berkata olehnya lagi Radhiyallahu Anhu pada tempat yang lain.
Maka jika membanyak oleh engkau daripada berselawat dan bersalam atasnyaShollallahu Alaihi Wasallam boleh jadi engkau sampai kepada maqam melihat Rasulullahi Shollallahu Alaihi Wassalam. Dan iaitulah cara yang dibawa oleh as-Syeikh Nuruddin as-Syuuni danSyeikh Ahmad az-Zawawi danas-Syeikh Muhammad bin Daud al-Manzalaawi dan satu kelompok daripada syeikh-syeikh sezaman. Maka berkekalanlah setiap daripada mereka berselawat atasRasulullahi Shollallahu Alaihi Wasallam. Dan membersih oleh mereka daripada segala dosa(yakni berselawat) sehingga berhimpun bersamaRasulullahi Shollallahu Alaihi Wasallam secaraYaqozhoh pada bila-bila masa yang dikehendaki. Dan sesiapa yang tidak berhasil baginya akan pertemuan ini (berhimpun bersamaRasulullah) maka adalah dia hingga sekarang ini (masa tidak bertemu lagi) tidak memperbanyakkan membaca selawat atas Rasulullahi Shollallahu Alaihi Wasallam akan sebagai banyak yang dituntut bagi menghasilkan baginya maqam ini.”

Dan telah berkata Ibnu Farhun al-Qurthubi al-Maliki Radhiyallahu Anhu :

Sesungguhnya pada selawat atas Rasulullahi Shollallahu Alaihi Wasallam ada 10 karomah:-
  1. Yang terbesar dapat selawat daripada Raja Yang Maha Gagah.
  2. Mendapat syafaat Sayyidina Muhammad.
  3. Mengikut sunnah Malaikat.
  4. Menyalahi orang-orang Munafik dan Kuffar.
  5. Memadamkan kesalahan dan dosa.
  6. Membantu menunaikan hajat dan permintaan.
  7. Menyinari zahir dan batin.
  8. Kejayaan dari negeri kebinasaan.
  9. Memasuki negeri yang kekal abadi.
  10. Ucapan selamat dari Allah.”
Dan telah berkata as-Syeikh al-Hadhrami Radhiyallahu Anhu:

Sesungguhnya selawat atasnya Shollallahu Alaihi Wasallamsatu tangga, tempat naik, dan jalan kepadaAllah Taala sekiranya tiada bagi Tholib itu Syeikh yang Mursyid.”

Dan telah berkata anak muridnya al-Wali al-Kamil Sayyidi Ahmad Zuruq al-Maliki Radhiyallahu Anhu tuan al-Qowa-idush Shufiah :

Sesungguhnya selawat atasnya Shollallahu Alaihi Wasallammengangkat semangat orang yang sedang berhadap jika adalah orang itu pada maqam yang terumbang-ambing kerana bahawasanya menyebut selawat itu Nur dan Hidayah.”

Dan telah berkata al-Allamah al-Kamil al-Wali al-Washil as-Syeikh as-Sunusi Radhiyallahu Anhu :

Sesiapa tiada Syeikh yang Mursyid maka memperbanyaklah oleh dia daripada selawat atasnya Shollallahu Alaihi Wasallam. Maka sesungguhnya selawat itu menyampaikan kepada pembukaan yang nyata.”

Dan telah berkata Syeikhul Islam al-Hafidz Ibnu Hajar :

Sesungguhnya selawat atasnya Shollallahu Alaihi Wasallam membuka kimia kejayaan akan beberapa pintu yang tidak boleh dibuka oleh yang lainnya.”

Dan terdapat di dalam Bughyatus Saalik bagi Imam as-Saahili Radhiyallahu Anhu:

Bahawa diantara sebesar-besar hasil dan sebaik-baik faedah yang diusahakan dengan selawat atasnya Shollallahu Alaihi Wasallam

Cukuplah setakat ini kami jernihkan segala kekeruhan yang ada yang kami pindahkan daripada perkataan orang-orang yang baik-baik. Maka sesungguhnya tiada kemampuan atas hendak menceritakan kesemua keterangan mengenai perkara ini.

Dan telah memindah sekelompok orang-orang yang Muhaqqiq daripada Jumhur Arifin yang Muta-akkhirin Radhiyallahu Anhum:

Bahawa ibu selawat dan puncanya dan ruhnya dan rahsianya, selawat yang dinamakan dengan al-Yaquutatil Faridah dan masyhur diantara manusia dengan Selawat al-Fatih. Dan mengisyaratkan kepadanya di sisi pemimpin al-Arifin dengan pembukaan Hakikat Muhammadiyyah. Dan orang yang pertama menimbulkannya ialah al-Qutbil al-Kamil as-Syeikh al-Washil, pensyarah titik ba’ pada basmalah di dalam 2000 majlis, Muhammad Mushthofa al-Bakri as-Shiddiqi al-Kholwati Radhiyallahu Anhu. Maka sesungguhnya telah bertawajjuh olehnya kepadaAllah selama 40 tahun memohon bahawa diberi satu selawat yang padanya terkandung sekelian rahsia selawat. Maka datanglah Malaikat dengan cebisan kertas daripada cahaya yang ditulis padanya Selawat Fatih. Dan telah berkata olehnya Radhiyallahu Anhu : Sesiapa yang membacanya sekali seumur hidup padahal memasuki ia akan neraka maka peganglah tangan aku di hadapan Allah.”

 Dan telah berkata pada Selawat Fatih oleh Umbi Kasturi dan Bulan Purnama al-Qutbil Maktum wal-Khatmil Muhammadiyyil Maklum Sayyidi Ahmad At-Tijani al-Hasani Radhiyallahu Anhu Wa Ardhohu Wa ‘Anna Bihi, memindah dari Sayyidil Wujud Shollallahu Alaihi Wasallam :

Sesungguhnya khasiat Selawat Fatih Lima Ughliq perkara yang bangsa Ketuhanan yang tidak ada jalan untuk diterima akal. Maka jika engkau andaikan ada 100 000 umat, pada setiap umat ada 100 000 kabilah, pada setiap kabilah ada 100 000 lelaki, hidup setiap seorang daripada mereka 100 000 tahun menyebut setiap seorang daripada mereka setiap hari 100 000 selawat atas Rasulullahi Shollallahu Alaihi Wasallam daripada selawat yang lain, dan dihimpun pahala mereka kesemuanya pada selawat yang tersebut itu, tidaklah dapat menandingi sekelian pahala itu dengan satu pahala daripada Selawat Fatih.”

Maka jangan peduli pembohongan orang yang suka berbohong serta suka mencari keburukan pada Selawat Fatih. Maka sesungguhnya kelebihan itu di tangan Allah. Memberi olehNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Maka sesungguhnya Allah Subhanahu Wa Taala satu kelebihan yang keluar dari ruangan Qiyas.

Dan semoga Allah mengganjari daripada kita penulis tulisan ini (Sayyidish-Sholawat), ar-Rabbani al-Allamah al-Muhaqqiq keturunan Syarif As-Sayyid Kiyai Fauzan al-Jawa at-Tijani al-Muntahi yang dinasabkan kepada Sunan Ampel Radhiyallahu Anhu dan kepadaMaulana Syahid Karbalak Husain Alaihis Salam. Maka sangat baik dan bermanfaat dan terang maksud pada mensyarahkan Selawat al-Yaqutah yang tersebut.

Meminta kepada Allah dengan kehormatan kunci Hadrah Kemulian dan Kemurahan
Dan telah berselawat oleh Allah atas Sayyidina Muhammad Al-Fatih Lima Ughliq al-Khatim dan atas Keluarganya sesuai dengan martabat dan tingkatannya yang agung. Telah menulis muqaddimah kitab ini oleh Penjenayah yang Menuntun Ekor as-Syeikh at-Tijani, Ahmad Al-Hadi al-Hasani al-Maghribi yang menetap di Jitra, Kedah Darulaman (penterjemah) pada Romadhon yang Mu’azzhom 1430H.

penulis asal bersama saiyid.

No comments:

Post a Comment