بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah, bersyukur kehadhrat Ilahi diberikan lagi kesempatan pada saya untuk menambah coretan berkenaan Selawat Fatih yang mana boleh dijadikan sebagai amalan seharian kita. Tidak dilupakan selawat serta salam ke atas junjungan mulia Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم serta para sahabat baginda dan juga ahlul bait.
Bermula apakah kepentingan selawat dalam kehidupan seharian kita sebagai umat Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم ?? Selawat adalah satu amalan yang diajarkan kepada kita bagi mendekatkan diri kita kepada Allah. Selain itu, selawat juga memainkan peranan yang penting bagi memupuk rasa cinta terhadap Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم.
Sabda baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :
Maksudnya : Perbanyaklah oleh kamu atasku daripada selawat pada hari jumaat. Maka sesungguhnya selawat umatku ditayangkan kepadaku tiap-tiap hari jumaat. Maka barangsiapa yang paling banyak berselawat atasku maka dialah yang paling hampir tempatnya denganku. ( Riwayat Imam Bukhari )
Sabda baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :
اكْثَرُوا عَلَيَّ مِنَ الصَّلاَةِ في كُلِّ يَوْمِ جُمْعَةٍ فَاِنَّ صَلاَةَ اُمَّتِي تُعْرَضُ عَلَيَّ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمْعَةٍ فَمَن كَانَ اَكْثَرَهُم عَلَيَّ صَلاَةً كَانَ اَقْرَبَهُمْ مِنِّي مَنْزِلَةً. – رواه البيهقي
Maksudnya : Perbanyaklah oleh kamu atasku daripada selawat pada hari jumaat. Maka sesungguhnya selawat umatku ditayangkan kepadaku tiap-tiap hari jumaat. Maka barangsiapa yang paling banyak berselawat atasku maka dialah yang paling hampir tempatnya denganku. ( Riwayat Imam Bukhari )
Dalam hadis diatas dinyatakan pesanan Rasulullah صلى الله عليه وسلم agar diperbanyakkan amalan selawat ke atas baginda pada hari jumaat. Selawat-selawat yang diucapkan ke atas baginda akan disampaikan dan diketahui oleh baginda sendiri. Akan ada satu malaikat yang diberi nama 'Sayyaroh' yang ditugaskan oleh Allah pada hari jumaat bagi mencari dan mengumpul selawat-selawat yang diucapkan oleh manusia serta menyampaikan selawat-selawat tersebut kepada Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Rasulullah juga menyatakan barangsiapa (مَن ) yang paling banyak berselawat keatas Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم maka dialah yang paling hampir dengan baginda. Ini bermakna. orang yang berselawat keatas nabi akan dikasihi oleh Allah serta Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم lebih dari kasihnya manusia kepada Allah dan Rasulnya.
Selain berselawat pada hari jumaat, kita juga dituntut agar menjadikan selawat ini sebagai amalan harian. Sebagaimana sabda Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :
Masudnya : Barangsiapa berselawat keatas ku dengan sekali selawat, maka Allah berselawat keatasnya dengan sepuluh selawat. (riwayat Imam Muslim)
Hadis ini cukup menggambarkan betapa besarnya fadhilat berselawat keatas Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan bagaimana kedudukan selawat itu sendiri di sisi Allah. Oleh itu, kita tidak boleh memandang remeh akan amalan berselawat ini kerana amalan ini akan dibalas dengan ganjaran yang amat besar jika dilakukan dengan ikhlas.
Selawat Fatih juga mempunyai keistimewaan yang tersenidiri seperti mana yang telah disusun oleh para ulamak terdahulu. Antara kelebihan Selawat Fatih ialah :
1. Sesiapa yang berselawat dengan Selawat Fatih ini sekali dalam hidupnya nescaya tidak akan dijilat api neraka.
2. Berkata sebahagian ulamak Maghribi, berselawat sekali dengan Selawat Fatih menyamai 10 000 atau 600 000 yang lain.
3. Sesiapa mengekali atas Selawat Fatih 40 hari, dosanya akan diampuni Allah.
4. Sesiapa membacanya 1000 kali pada malam Khamis dan Jumaat atau Isnin akan dihimpunkan bersama-sama Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wasallam. Caranya adalah membacanya selepas bersolat 4 rakaat,1)di baca surah al-Qadr, 2)di baca al-Zalzalah, 3)di baca al-Kafirun, 4)di baca Ma-’uzatain. Seeloknya diasapkan dengan gaharu ketika membaca Selawat Fatih.
5. Selawat ini bermanfaat kepada orang Mubtadi, Mutawassith, Muntahi
6. Telah disebut oleh kebanyakan Arifin bagi selawat ini terdapat banyak asror dan ajaaib.
7. Sesungguhnya sesiapa yang tekun membacanya setiap hari 100 kali dibukakan baginya banyak daripada hijab. Dan hasil baginya daripada anwar. Dan ditunaikan segala keinginannya; dengan qadar yang tidak diketahui melainkan oleh Allah.
Namun, apa yang penting dalam melakukan amalan berselawat ini ialah dilakukan dengan ikhlas kepada Allah S.W.T. Amalan yang ikhlas sahajalah yang layak mendapat balasan yang baik dari Allah disamping menghindari daripada melakukan maksiat kepadanya.
Marilah kita bersama-sama menyahut seruan Allah kepada orang beriman ( moga kita tergolong dalam golongan beriman ) melalui firmannya :
إن الله وملائكته يصلون على النبي، يا أيها الذين آمنوا صلوا عليه وسلموا تسليما (الأحزاب: 56)
Maksudnya : Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.