بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah, maha suci Tuhan yang menjadikan segala isi langit dan bumi, serta menciptakan syurga yang terdiri daripada taman-taman yang indah dan juga neraka yang mempunyai sekeras-keras seksaan (maka mohon berlindunglah kita daripada azab neraka). Selawat serta salam juga diucapkan kepada kekasih Allah, junjungan besar kita baginda Rasulullah صلى الله عليه و سلم serta para sahabat baginda dan juga ahlul bait.
Dengan sukacitanya saya pada hari ini yang juga merupakan permulaan pada Tahun Hijrah 1433 untuk berkongsi pada saudara-saudara seagama saya akan sebuah selawat yang telah diajar dan diijazahkan kepada saya oleh guru atau saudara/sepupu saya yang amat dikasihi Ustaz Mohd Khalis bin Mohd Kamal. Selawat yang dimaksudkan ialah Selawat Fatih juga dikenali sebagai saiyyidus solawat atau penghulu segala selawat. Pada permulaan ini, saya akan perkenalkan dahulu akan selawat fatih ini dan اِن شأ لله pada kesempatan lain, saya akan turutkan bersama keterangan serta kelebihan selawat ini.
Lafaz Selawat :
بسم الله الرحمن الرحيم
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدِنِالْفَاتِحِ لِمَا أ ُغْلِقَ. وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ. نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ.
وَالْهَادِى إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيمِ. وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيمِ.
“Ya Allah Ya Tuhanku berikanlah keagungan (sebagai pemberian rahmatmu) atas pemimpin kami iaitu Sayyidina Muhammad. Pembuka bagi sesuatu yang di kunci. Dan penutup martabat hamba Allah yang telah dahulu. Lagi penolong kebenaran dengan kebenaran (dengan pertolongan Allah). Dan pemberi petunjuk kepada jalanMu yang lurus. Dan atas keluarganya yang sesuai dengan martabatnya (di dunia) dan martabatnya yang agung (di akhirat).”