Thursday, 2 January 2014

Evolusi Diri 2

Semalam saya dah share bab niat. Untuk anda yang belum baca lagi, sila klik sini untuk membacanya.

Jadi pada hari ini nak share pula yang seterusnya iaitu:

2. Explore

Bukan main explorace ya rakan-rakan.... tapi explore. Apa tu explore? Explore ni kalau dalam melayunya dipanggil TEROKA. Ya... kita nak meneroka ke sebuah tanah jajahan yang belum dipunya siapa-siapa... hahaha...

krik...krik...krik....

Macam mana nak teroka ea? Apa yang nak diteroka?

Mampukah anda?

Wednesday, 1 January 2014

Permulaan Tahun Baru 2014 : Evolusi Diri 1

Kebetulan buat banner untuk MECHAPRO. Hehehe....


Selamat Tahun Baru Masihi 2014 kepada semua.

Blog dah lama tak update, tapi tak pa kot noh? Rindu-rindu hampa mai la melawat blog kami ni.

Nak share sikit perkara yang saya dapat sepanjang usia saya sehingga sekarang.

Saya bukanlah orang yang pandai, keputusan CGPA pun takat boleh hidup. Saya bukanlah orang yang hebat, kata-kata saya mungkin dipandang picisan. Tetapi saya punya sedikit pengalaman yang suka saya kongsikan untuk anda, rakan-rakan sekalian.

Bagaimana untuk mengevolusikan diri?

Ya, evolusi... Saya suka guna perkataan tu. Tapi dalam erti kata yang lebih sesuai adalah bagaimana untuk kita membangunkan diri kita dari satu tahap ke satu tahap yang lain. Bukan evolusi dari monyet ke orang tu.. yang tu mengarut. Pendek kata bagaimana untuk kita berubah ke satu tahap yang lebih baik. :)
gambar hiasan

Tuesday, 8 October 2013

Nasi Bandaraya, Kubur dan Hujan

Itu mungkin nasi terakhir kami.

Seperti yang diceritakan kepada Rashidi Razak, Suhaimi Mohd Daud Al-Mashoori, dan Nazarudin Md Noh. Diceritakan semula oleh Amin Faudzi.

Perkara yang berlaku bukan main-main, ini benar-benar kejadian.

Semuanya bermula apabila si meor mengajak amin untuk bersantap nasi goreng bandaraya. Dengan eksaitednya amin mengajak saiful yang juga sedang kelaparan. Bagaikan 'chain reaction' ajakan itu turut tersahut pada zikri.

Cerita kubur melayu berganjak ke kisah politik.

Azan maghrib berkumandang dan nasi yang ditunggu belum berkunjung tiba. Kubur yang terletak di sebelah warung seperti memberi petanda. Setelah satu topik ke satu topik dibicarakan. Akhirnya bentara menghidangkan nasi tersebut.

Monday, 5 August 2013

Salam Lebaran 2013

#Baru 27 Ramadhan 1434H da mau ucap raya ke?

Assalamualaikum, saya Muhammad Amin bin Mohd Faudzi menyusun sepuluh jari kedua belah tangan memohon maaf kepada anda sekiranya ada pada mana-mana pada diri saya yang telah menyakiti samada hati atau batang tubuh tuan-tuan dan puan-puan, rakan-rakan, guru-guru, dan kaum keluarga sekalian.

Saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua pembaca-pembaca blog
Some Think 2 Tell.

Ucap awal-awal bukan sebab apa... oh, sebelum tu tengoklah banner yang saya buat ni...