Wednesday 1 January 2014

Permulaan Tahun Baru 2014 : Evolusi Diri 1

Kebetulan buat banner untuk MECHAPRO. Hehehe....


Selamat Tahun Baru Masihi 2014 kepada semua.

Blog dah lama tak update, tapi tak pa kot noh? Rindu-rindu hampa mai la melawat blog kami ni.

Nak share sikit perkara yang saya dapat sepanjang usia saya sehingga sekarang.

Saya bukanlah orang yang pandai, keputusan CGPA pun takat boleh hidup. Saya bukanlah orang yang hebat, kata-kata saya mungkin dipandang picisan. Tetapi saya punya sedikit pengalaman yang suka saya kongsikan untuk anda, rakan-rakan sekalian.

Bagaimana untuk mengevolusikan diri?

Ya, evolusi... Saya suka guna perkataan tu. Tapi dalam erti kata yang lebih sesuai adalah bagaimana untuk kita membangunkan diri kita dari satu tahap ke satu tahap yang lain. Bukan evolusi dari monyet ke orang tu.. yang tu mengarut. Pendek kata bagaimana untuk kita berubah ke satu tahap yang lebih baik. :)
gambar hiasan
Rakan-rakan, kita sering lihat orang yang berjaya dan kita mungkin ada sedikit cemburu dengan mereka. Walaupun kita kata itu rezeki mereka, itu kurniaan Allah pada mereka, tetapi pasti ada sedikit dalam sudut hati kita yang kita ingin jadi seperti mereka bukan?

Penting! Penting untuk kita berusaha untuk membangunkan tahap peribadi kita. Sepertimana dalam hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Oleh itu, marilah sama-sama kita menyahut seruan yang disampaikan oleh Baginda Rasulullah S.A.W dengan menjadikan diri kita orang yang berjaya (hari ini lebih baik dari semalam).

Antara perkara yang boleh dilakukan adalah:

1. Niat

Yang ni paling penting. Sehinggakan setiap amalan ibadah kita pada Allah disuruh untuk berniat. Kerana tanpa niat hilanglah objektif utama perlakuan kita.

Apa itu niat? Niat adalah sejenis haiwan liar yang mudah ditangkap tapi payah dibela. Eh... merepek apa ni? Bukan... tu perumpamaan saja. Hahaha... Ok2, niat adalah perbuatan menetapkan pada hati, atau lisan, atau perbuatan akan satu tekad atau azam atau matlamat. Terang macam dalam kitab tua pulak kan? Tapi boleh faham kot noh... huhu...


Perkara ni selalu saya terapkan pada adik-adik peserta projek-projek In-Smartive yang telah saya sertai. Selalunya saya handle slot Timeline, muhasabah diri dan lain-lain lagi. Niat kita haruslah yang baik-baik, niat kita haruslah mendatang manfaat, niat kita haruslah jelas dan relevan, niat kita berdasarkan baju yang kita ukur pada badan. Hah... baju pulak dah...

Maknanya rakan-rakan sekalian, niat kita adalah penentu kesudahan amalan kita. Kalau kita niat ingin memperbaiki diri insyaAllah tiada mustahilnya untuk kita menjadi lebih baik. Tetapi, bukan kata niat yang buruk, kalau tak berniat langsung pun tak jadi kerja juga.

Niat ni terkadang bersimpang siur... kadang terlari niat... kadang niat dah, pi buat benda lain pulak.... macam mana tu tuan-tuan?

Cuba amalkan pada diri kita sifat-sifat orang organisasi. Macam mana?

a. Setkan Core Values kita, jati diri kita. Contoh : aku seorang student, sebagai seorang student harus cemerlang atas kertas insyaAllah menjadi tiket cemerlangnya dunia dan akhirat!

b. Setkan Visi kita. Contoh : Aku ingin menjadi seorang jurutera yang berjaya. Merancakkan pembangunan negara dan menjadi contoh pada generasi akan datang.

c. Setkan Misi kita. Contoh : Aku mesti tamatkan pembelajaran di Universiti untuk mencapai visi kehidupan aku.

Bahagian Misi dan Visi ni rakan-rakan, kita boleh ada banyak. Sebanyak mana kita mahu. Biasalah manusia nafsunya banyak. Tapi ingat, niat kita haruslah yang baik-baik, niat kita haruslah mendatang manfaat, niat kita haruslah jelas dan relevan, niat kita berdasarkan baju yang kita ukur pada badan.

d. Setkan Plan of Action. Macam mana kita nak buat, dengan siapa, apa syarat-syarat dia, apa kesudahan dia. Harus diselarikan dengan kerangka masa atau timeline. Yes, timeline... penting untuk kita rangka dengan masa. Orang panggil 'The clockwork'. Tick tock tick tock.... clockwork untuk jam untuk memastikan jam pada dinding atau tangan berjalan dengan betul. Clockwork untuk kita adalah memastikan perjalanan niat kita tu sampai pada waktunya ^_^

Seperkara lagi yang selalu saya terapkan semasa berprogram adalah cara kita berniat. Ya, niat ada cara. Cek balik maksud niat saya bagi kat atas tadi. Menerapkan pada hati atau lisan atau perbuatan

Macam mana?

Dalam hati semua orang faham. Kalau lisan ni kita cerita kat orang lain. Biasanya rakan karib atau ibu ayah atau adik beradik. Lepas tu mintak depa peringat kita balik kalau-kalau nampak gaya kita tersimpang arah. Penting juga cara ni rakan-rakan, di PLKN dulu kami diterapkan dengan gaya ini. Konsep 'buddys'. Buddys adalah someone yang kita rapat dan kita ceritakan segala luahan kita pada dia. Tapi harus cari pasangan yang ngam. Pasangan tu pula orang yang pandai bagi repon. Kalau tak macam cakap kat tunggul kayu ja kan? Hahaha... Sebab tu penting kena ada rakan-rakan di sekeliling kita. Carilah sorang dua sebagai buddys kita. Jangan bertentangan dengan syara' sudah... ehem..ehem...

Niat dalam hati ni rakan-rakan, kadang-kadang kita lupa. Kadang-kadang dia ghaib. Mari time dia ghaib ni payah pulalah nak jumpa. Tu yang kata payah nak bela. Huhu....

Jadi solusi dia, hadirkan niat atau matlamat kita tu dalam kehidupan kita dengan lebih jelas. Contohnya, tulis pada sehelai kertas dan tampalkan pada dinding atau tempat yang mudah kita nampak. Atau nak bagi rancak lagi buat poster ka, video ka, rakam suara ka.... memang sempoi habis. Rakan-rakan, saya cakap ni ada kajian dia. Bukan saya buat tapi orang lain dah buat, saintis. Semakin kreatif cara kita hadirkan niat atau matlamat kita tu, semakin bersungguh kita untuk capai (pada awalnya lah).


Bab niat saja dah panjang lebar, macam boleh karang buku ja ni... Hahaha... tapi tak pa untuk rakan-rakan kita tak perlu lokek ilmu. Saya ada lagi nak share ni. Tapi tunggu sat sambungannya... Nak sambung study jap. Musim exam wei time-time macam ni... Huhu....

Nantikan..... ^___^

No comments:

Post a Comment