Semalam saya dah share bab niat. Untuk anda yang belum baca lagi, sila klik sini untuk membacanya.
Jadi pada hari ini nak share pula yang seterusnya iaitu:
2. Explore
Bukan main explorace ya rakan-rakan.... tapi explore. Apa tu explore? Explore ni kalau dalam melayunya dipanggil TEROKA. Ya... kita nak meneroka ke sebuah tanah jajahan yang belum dipunya siapa-siapa... hahaha...
krik...krik...krik....
Macam mana nak teroka ea? Apa yang nak diteroka?
Mampukah anda? |
Explore ni rakan-rakan, dia ada best partner dia iaitu ilmu. Apa yang kita perlu teroka iaitulah ilmu. Ilmu yang macam mana? Ilmu yang memberikan manfaat dan membawa kita kepada perkara-perkara yang kita hajatkan (niatkan).
Ingat! Keyword dia explore dan explore ada best partner iaitu ilmu. Bahasa mudah dia explore/teroka ilmu. Janganlah pula bila kita sudah hajatkan sesuatu, tetapi benda lain pula kita pi teroka. Tu yang dok jadi niat lari bersimpang-siur tu... huhu...
Imam Syafi’i berkata: “Barangsiapa yang menginginkan dunia maka hendaklah dengan ilmu, barangsiapa yang menginginkan akhirat maka hendaklah dengan ilmu, dan barangsiapa yang menginginkan duanya maka hendaklah dengan ilmu.” (Al-Majmu’, Imam An-Nawawi).
Kita ambil contoh kita berniat atau berazam untuk menjadi seorang pemidato yang baik. Pidato ni tak semestinya dalam pertandingan. Berucap di hadapan orang ramai tu pun dikira pidato. Payah oo... pidato ni, menggeletaq tubuh ceq first time buat. Nak demam rasa...
Macam mana tu nak explore jadi pemidato yang baik? Caranya tak semestinya kita baca buku 'Pidato for dummies'. Teroka ilmu ni rakan-rakan ada macam-macam cara. Ada cara kita kena baca buku, ada cara kita kena tanya orang, ada cara kita kena cuba dulu, macam pidato. Cuba dulu berucap depan cermin, kemudian depan dinding, kemudian depan pokok kemudian depan kucing atau haiwan kesayangan, kemudian depan kawan-kawan, kemudian... eh berapa banyak kemudian daa... Perkara yang penting untuk berucap juga kita kena tau benda yang kita nak cakap. Makanya kenalah explore juga melalui buku, artikel, surat khabar, internet, media sosial dan sebagainya.
Ok, kita buat list bagi senang nampak.
a. Teroka melalui pembacaan. Kita faham dan kita amalkan.
b. Teroka melalui penglihatan. Ambil teladan atas perkara-perkara di sekeliling kita.
c. Teroka melalui pengalaman. Pernah lalui? Berjaya kita ulangi. Kalau tak berjaya kita jauhi.
d. Teroka melaui pengalaman juga. Tapi pengalaman orang. Tanyalah orang tu. Seronok ka buat macam tu? Apa yang dia dapat? Macam mana nak buat? Macam mana nak elak?
e. Teroka melalui pemikiran. Fikirkan perkara yang berkaitan. Fikir setakat kita mampu. Fikir yang positif. Jangan fikir yang bukan-bukan sudah. Jadi mereng sat gi... heee...
Hati-hati ketika meneroka ilmu, hadis berkenaan orang yang menuntut ilmu bukan kepada ahlinya:
Dari Abdullah bin Ash ia berkata, aku telah mendengar Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak akan mencabut ilmu di kalangan umat manusia setelah dianugerahkan kepada mereka, tetapi Allah mencabut ilmu tersebut dikalangan umat manusia dengan dimatikannya para ulama, sehingga ketika tiada lagi orang yang alim, maka manusia menjadikan orang-orang bodoh menjadi pimpinan. Mereka dimintai fatwanya, lau orang-orang bodoh tersebut berfatwa tanpa ilmu.” Dalam riwayat lain: “dengan ra’yu/akal. Maka sungguh perbuatan tersebut adalah sesat dan menyesatkan.”
(HR. Al-Bukhari I/34).

Perkataan explore juga memberikan kita satu semangat. Iaitu bukan setakat menuntut atau mentelaah tetapi TEROKA!
Pernahkah anda terbayang untuk meneroka dunia? Dunia yang diteroka setakat sekarang ini meliputi kawasan-kawasan di serata negara, bukit-bukau, gunung-ganang, hutan-hutan dan setiap pelusuk tempat. Pendek kata, kalau atas permukaan bumi ni habis dah orang jajah. Cumanya kita sahaja yang belum mengenal tempat-tempat tersebut. Tetapi lihat pada lautan. Siapa yang pernah terokainya secara keseluruhan? Siapa pernah membuat peta berkenaannya? Perkara seperti inilah kita harus explore. Perkara-perkara yang orang belum pernah buat.
Saya tak bermaksud mengajak anda explore laut literally ^_^
Saya tak bermaksud mengajak anda explore laut literally ^_^
Cantik kan? |
Ilmu amat penting bagi setiap amalan kita. Tanpa ilmu maka amalan kita sia-sia walaupun kita betul. Ya, sembahyang kita, amalan kita, perbuatan kita jika tidak mempunyai asas ilmu atau sekadar meniru perbuatan orang lain, maka sia-sia sahaja.
Ilmu tanpa teroka jadilah harta karun. Teroka tanpa ilmu jadilah buta. Amal tanpa ilmu jadi sesat. Ilmu tanpa amal jadilah sia-sia. Terokalah mencari ilmu, beramallah dengan ilmu kita. InsyaAllah...
Kepada rakan-rakanku sekalian. Janganlah pernah ada dalam diri kita rasa malas untuk meneroka ilmu. Kita dikira berdosa untuk tidak mengendahkan ilmu terutamanya ilmu agama. Mungkin kita boleh memberi alasan "aku tidak tahu, tiada orang yang memberitahu". Tetapi ketika ilmu itu ada disekeliling kita dan kita masih buat tidak tahu, maka kita akan terus berada dalam keadaan terkutuk.
Marilah sama-sama kita meneroka. Evolusikan diri kita kepada satu tahap yang tidak kita sangka. Kemampuan diri bukan terletak pada perkara yang benar-benar kita boleh lakukan. Tetapi keupayaan kita untuk terus meneroka.
Bab explore pun panjang juga ni. Untuk perkongsian yang lain kena tangguh ke penulisan seterusnya. Kalau tak, bosan juga nak baca ye dop? Huhu...
Nantikan sambungannya lagi ya...
Oh ya... sebelum terlupa, saya nak share satu streaming radio yang saya jumpa ketika mencari bahan utnuk penulisan ini. Radio dari tanah seberang Indonesia berkenaan Ilmu Agama. Macam best... jom layan.
Klik sini untuk melayan radio Rodja.

No comments:
Post a Comment