Saturday 9 February 2013

Halaqah.Net : Projek Saham Akhirat

#celebrating The 70th entry.... ^__^

Bismillah... Alhamdulillah....

Sudah lama mahu buat enty ni, tapi asyik terbantot. Kini rasanya sudah sampai masa dia untuk tulis entry sebegini. Ingin tahu bagaimana anda dapat menyumbang untuk Projek Saham Akhirat? Teruskan membaca dan Insya Allah anda akan ketemu :)

Featuring : Halaqah.Net

 

Mungkin sudah ramai yang sudah mengenali Halaqah.Net dan mungkin juga ada yang masih belum tahu. Inilah tempatnya yang mula-mula saya suka 'lepak' sebelum saya mengenali Facebook dan blogger. Halaqah.Net merupakan sebuah laman forum bertemakan Agama (Islam).

Kenapa Halaqah.Net?

Masa mula-mula saya berjinak dengan internet, saya mencari-cari apa yang saya boleh buat dengannya (internet). Masa itulah saya jumpa pelbagai jenis laman dan forum dengan pelbagai tema. Tetapi pada pandangan saya Halaqah.Net mempunyai layout yang kemas dan tidak menyerabutkan otak. Sesetengah laman forum dipenuhi dengan iklan2 yang bermacam2 walau di laman utamanya sahaja. Tetapi Halaqah.Net tidak mempunyai iklan (masa saya mula2 kenal) dan mempunyai susun atur yang kemas. Kini walaupun Halaqah.Net membuka ruangan iklan, pihak pengurusannya masih berjaya mengelakkan daripada 'keserabutan' berlaku. Lihatlah sendiri di SINI.

Apa yang best sangat dengan Halaqah.Net ni?

Poyo je kan buat entry featuring bagai? Haha...  Biarlah.... Sebenarnya saya mahu kongsikan 'barang baik' ni dengan kawan-kawan saya iaitu... awaklah!

Yang bestnya dari dulu lagi pihak pentadbiran Halaqah.Net mengekalkan ruang sembang atau chatzone di lama utamanya.

ruang sembang @ halaqah.net
Daftar rujukan forumnya juga kemas iaitu dengan tidak mencampurkannya di laman utama. Ia mempunyai layoutnya yang tersendiri.

Daftar rujuk forum @ Halaqah Raudhah

Hubungan ahli Halaqah.Net tidak sahaja terbatas di alam maya, tetapi mereka merealisasikannya di dunia nyata! Melalui aktiviti seperti Himpunan Halaqian Halaqah (3H), mereka bersua muka dan berkenalan antara satu sama lain sambil menjalankan aktiviti riadah.

3H yang ke-5 (2012)
Best tak? Saya sendiri tak pernah join 3H tetapi berharap sangat satu hari nanti dapat juga join. Aktiviti yang di susun atur memang menarik!

Nak bertemu jodoh boleh?

Ape? Ingat dekat facebook je ke boleh mengorat orang? Hahaha... Sebenarnya Halaqah.Net ada melaksanakan Program Baitul Muslim Halaqah. Haa.. yang bujang2 tu... bolehlah cuba nasib anda... Tak percaya? Tengok sendiri kat SINI. kikikih...

Ok... Projek Saham Akhirat?

Sebenarnya Projek Saham Akhirat ni bukanlah sebuah projek besaran ke ape... Ia lebih kepada sebuah inisiatif pihak pentadbiran Halaqah.Net dalam melakukan kerja-kerja amal.

Antara perkara-perkara yang dilakukan dalam Projek Saham Akhirat ini :
  • Bantuan Kemanusiaan Kepada Pelarian Rohingya
  • Projek Cuci Telekung
  • Projek Cuci Tandas 
atau anda boleh dapatkan maklumat lanjut di SINI

 Bagaimana boleh membantu?


Anda boleh memilih samada mahu menyumbang dalam bentuk tenaga fizikal atau wang ringgit. Jika mahu sumbangkan masa terluang dan tenaga, anda boleh menghubungi dengan penggerak projek ini iaitu Ummi Munaliza.

Bagi sesiapa yang mempunyai rezeki yang lebih, anda boleh menyalurkan sumbangan kewangan; dapatkan keterangan yang lebih lanjut melalui Halaqah.Net (klik pada banner di bawah)


Tabung server?

Ya, sebenarnya tabung ini pada asalnya diguna bagi mengutip dana untuk menampung kos server Halaqah.Net. Tetapi ianya juga digunakan untuk mengutip dana bagi Projek Saham Akhirat. Anda boleh tetapkan sumbangan anda samada untuk Projek Saham Akhirat atau tabung server. Oleh itu, sila dapatkan maklumat lanjut melalui banner di atas.

Apakah harapan di masa akan datang?

Saya berharap pada masa-masa akan datang, saya dapat turut serta bersama dalam melaksanakan Projek Saham Akhirat bersama Halaqah.Net apatah lagi bergabung dengan Kelab In-Smartive, mesti best.... Selain itu, saya berharap sangat agar dapat sertai Himpunan Halaqian Halaqah di masa akan datang.

*jangan salah faham bahawa projek saham akhirat tidak semestinya dilaksanakan bersama Halaqah.Net. Anda boleh melakukan sumbangan amal sendiri di kawasan anda mengikut keupayaan dan kemampuan masing-masing. Mulakan dengan masjid qariah anda, kemudian kembangkan dengan lebih meluas.... Projek Saham Akhirat Halaqah.Net merupakan salah satu medium dan sekiranya anda ingin menyumbang, amatlah dialu-alukan ^___^

2 comments:

  1. HHH ke 6
    http://halaqah.net/v10/index.php?topic=19737.0
    Lain-lain aktiviti :
    http://halaqah.net/v10/index.php?topic=16288.0

    http://halaqah.net/v10/index.php?topic=17504.msg254038#msg254038

    http://halaqah.net/v10/index.php?topic=19408.0

    ReplyDelete